Sebuah Jambatan konkrik berharga RM 200,000 akhirnya akan dibina di Kamung Sungai Dendang Hilir di Titi Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah bagi menggantikan titi kayu yang roboh dalam banjir baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melawat kerja-kerja membina jambatan tersebut, petang tadi.
Beliau melakukan lawatan tersebut bagi mempastikan kerja-kerja membina jambatan itu mengikut spekfikasi dan jadual yang telah ditetapkan.
Pada peringkat ini, sebatang jalan tar sedang dibina dari jalana besar menuju ke jambatan baru itu.
Sebelum ini, terdapat dua buah titi kayu di situ, tetapi roboh akibat hayutan pelepah pokok kelapa sawit yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan ditambah keadaan bila berlaku banjir di sungai berkenaan.
Dengan pembinaan jambatan baru itu, ia akan meringankan lagi bebenan penduduk untuk menyeberanggi jalan besar.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang telah meluluskan projek tersebut sebaik menerima permohonan daripada beliau.
Beliau juga turut melawat kerja-kerja membina sebuah titi konkrik berharga RM 20,000 dan membaik pulih titi gantung di Kampung Titi Ijok yang bermula kelmarin.
Titi berkanaan akan memberi kemudahan penduduk-penduduk di situ dan juga mereka yang menggunakannya untuk mengurus tanah di ladang yang berhampiran.
Turut hadir Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran dan Ketuat UMNO Cawangan Titi Ijok, Saad Yusof.
0 comments:
Post a Comment