Template by:
Free Blog Templates

6 April 2012

DUN-Tanah

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar mencadangkan agar Kerajaan negeri mencari jalan bagaimana tanah-tanah rezab milik agensi-agensi pusat yang tidak digunakan dapat dimajukan.

Tanah rizab milik jabatan parit dan saliran (JPS) dan jabatan kerja raya (JKR) ada yang telah diduduki setinggan, tetapi bila ada program rancangan tersusun mereka tidak dibenarkan untuk diduduki.

Pada hal ada rakyat yang tidak memiliki tapak rumah bertahun duduk atas rizab tersebut dan jika tidak digunakan apa salahnya ia diberi peluang kepada mereka yang memerlukannya setidak-tidak ia membantu menggatasi masalah setinggan.

Isu tanah rizab itu adalah soalan lisan yang pertama dijawab oleh pihak kerajaan negeri di sidang dewan negeri (DUN) pagi tadi.

Anggota exco Kerajaan negeri, Datuk Ramly Zahari menjawab bagi pihal Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam sesi soalan lisan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut membangkitkan masalah ada individu yang menduduki atas tanah milik orang lain dalam soalan tambahan beliau.

Dalam sidang dun kali ini, beliau turut bertanyakan soal 7,000 lot tapak rumah untuk bekas tentera dan polis.

Dewan yang memulakan sidang sejak selasa lalu ditangguh hingga isnin dimana Menteri Besar akan menggulung usul perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Banyak juga tanah rizab yang diusahakan tanpa diketahui agensi tersebut. Sepatutnya tanah tersebut dipajakkan supaya JPS dapat menambah tabung kewangan untuk membina parit di tanah rizab kerajaan yang tenggelam (berpaya) supaya kawasan tersebut (yang berpaya) dapat diusahakan. Nampaknya JPS tak pandai cari wang. Latihlah mereka bagaimana hendak mendapatkan wang.

Dekat tanah saya mereka buat tempat peliharaan lembu tanpa membayar satu sen pun ke JPS begitu juga jika YMDS lihat sebelah dalam parit Tebing Tinggi kebun pisang dan betik/nenas cukup luas. Adakah tanah tersebut dipajakkan JPS atau tanam free sahaja hingga hasilnya berlori2 keluar dari kawasan tersebut (depan sekolah). JKKK tahu tapi mereka hanya reaktif (tunggu laporan) tidak proaktif untuk membantu kerajaan/agensi menambah tabung untuk pembangunan. Kalau JKKK hanya tunggu report orang kampung samapi bila pun kerajaan negeri Perak tidak akan kaya.

Anonymous said...

YMDS,

Banyak tempat demam pilihan raya sudah tiba bendera dipasang sana sini. Bila YMDS nak pasang bendera?

Jangan tunggu PM membuat pengumuman. Bergerak sebelum pengumuman. Jangan macam budak2. Sepatutnya kampung YMDS sudah dipenuhi dengan bendera BN dan UMNO sebelum ia merebak ke kawasan lain di ADUN Kubu Gajah.

Yang penting IMEJ dan perang psikologi.

Perang PR13 mesti dimulakan dengan perang psikologi.

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS hendak majukan kawasan ADUN Kubu Gajah YMDS hendaklah jadikan rumah YMDS menjadi bilik gerakkan dipenuhi dengan peta yang bertanda tanah rizab kerajaan, tanah yang belum maju, dan kawasan politik dimana YMDS kalah teruk.

Di kawasan YMDS kalah teruk saya dapati ramai yang marah pada UMNO/BN dan sebahagian dari pucuk pimpinan. Mereka tidak marah pun kepada YMDS.

Kawasan ini boleh lagi diperbaiki.

Lagi satu kerajaan asyik heboh dengan Global Venture Felda. Kenapa kerajaan masih pentingkan saham tersebut. Cuba majukan KUB. Berikan durian runtuh kepada KUB.
Harta KUB belum lagi dinilai untuk durian runtuh.

Adakah kerajaan hendak beri semuanya kepada FELDA semua jenis 'durian' dan meninggalkan KUB. Saya sedih saham KUB tak naik2 mencapai seringgit pun. Tidak ada UMmmm.

Apa nak jadi kepada UMNO tak mahu tolong KUB asyik tolong Global Venture FELDA. Orang FELDA ramai juga pembangkang. Tapi KUB ramai yang UMNO.