Template by:
Free Blog Templates

23 April 2012

Teras










Beratus ekar tanah terbiar tidak dapat dimajukan di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah dan ia menyebabkan penduduk hilang punca pendapatan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk kampung Teras berdekatan Ijok tengahhari ini.

Turut hadir ketua kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga ketua UMNO cawangan di perjumpaan yang diadakan di pusat perkelahan Lata Panggung.

Justeru, Datuk Seri Raja Ahmad Zainudddin telah menggesa jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) mengenal pasti jumlah tanah terbiar di tempat masing-masing bagi dimajukan secara berkelompok.

Tetapi, tidak dinafikan ada juga tanah-tanah terbiar yang tidak dapat diusahakan kerana ancaman banjir seperti Bendang di kampung Teras.

Di perjumpaan tersebut beberapa masalah termasuk tanah telah dibangkitkan untuk makluman wakil rakyat.

Ada juga penduduk yang telah lama mendiami tanah rezab berstatuskan tol dan merayu mendapatkan hak milik kekal.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS

Saya orang Ulu. Orang Ulu ni suka bela lembu dan kambing.

Kalau mereka kuat agama sudah tentu mereka tidak biarkan lembu mereka merosakkan tanaman orang lain.

TANAH SAYA TERBIAR KERANA LEMBU DAN KAMBING MEREKA.

Masalah ini sudah beribu tahun. UMNO asyik kumpul maklumat.

Tanah2 saya lot kecil (lebih kurang seekar) tidak produktif untuk tanaman kelapa sawit. Tauke lembu syorkan tanaman kelapa sawit atau buat pagar. Tapi mereka tak mahu bina pagar.

Saya syorkan biro ekonomi jelaskan kepada mereka yang pentingkan diri sendiri ini konsep menang-menang kepada mereka, atau pun buat khutbah Jumaat tambahan.

Yang kita takutkan JKK masjid pun bela lembu. Sampai bila pun masalah ini tidak selesai.

Masalah lebih besar lagi jika JKKK pula yang bela lembu.

Saya berterima kasih kepada sepupu YMDS membela kambing dengan berpagar.

Jika YMDS atasi perkara ini dalam 6 bulan, tanah saya akan saya usahakan (tidak terbiar)dalam tempoh masa tersebut dan kami semuanya akan menukar landscape KUBU GAJAH

Saya sudah syorkan kepada YMDS lembu mereka ini dikumpulkan di Pondok Tanjung dan jadikan estet lembu dengan modal berbayar mengikut nilai lembu yang diletakkan di situ dan tiap2 tahun mereka menerima dividen.