Para remaja diseru bergiat cergas dalam aktiviti sukan kerana ia mampu membentuk nilai displin yang tinggi.
Selain mampu mencungkil bakat-bakat baru, penyertaan dan pembabitan mereka juga mampu memajukan sekan negara.
Selain badan-badan sukan, NGO juga diseru dapat sama tampil mengadakan program sukan dikalangan remaja sebagai usaha membantu mengembangkan lagi aktiviti yang berfaedah.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan bowling peringkat DUN Kubu Gajah di pusat bowling bandar Taiping, petang tadi.
Turut hadir penolong pegawai belia dan sukan daerah Larut, Matang dan Selama, Nasarudin Mawi.
Untuk menjadi atlit dan ahli sukan yang berjaya, mereka mesti ada komitmen dan nilai displin yang tinggi.
Seramai 70 orang remaja mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Kategori perempuan :
No 1- Norabila Bt. Zainudin.
No 2- Zalina Bt. Idris.
No 3- Jalineh Bt Saidi
Kategori lelaki:
No. 1- Mohd Mustafa Bin Mat.
No. 2- Megat Shahrul Shameer Bin Megat Shahruddin
No. 3- Muhammad Danial Bin Md Yakoob.
9 April 2012
Bowling
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS,
Boleh tidak pertandingan bowling antara kampung2 di LMS diadakan.
Kalau tidak yang ramai bertanding ialah mereka yang lahir di LMS tapi bermastutin hanya di bandar2.
YMDS,
Hari ini Boustead mengumumkan untungnya. Nampaknya yang banyak sekali dari kelapa sawit (dari segi %). Diharap YMDS dapat melobi Pengurusi dan Pengarahnya menjalankan perkhidmatan sosialnya di Lembah Keluang Estate. Kita gunakan pertolongan Menteri Pertahanan kerana pengarahnya ramai pencen askar.
Saya harap bakal wakil rakyat yang akan datang hendaklah mereka yang pandai mengambil hati lembaga pengarah Bousted, Riverview, Sime Darby dan Genting Plantation untuk pembangunan Kubu Gajah.
Saya pun hairan ketua PAS orang pelaburan tapi tidak berkawan rapat dengan syarikat gergasi ini untuk membangunkan Kubu Gajah. Asyik berpolitik sahaja nampaknya orang Kubu Gajah ini.
Hanya Lawin dan Road yang dibangunkan kerajaan daripada 14 bandar yang dirancangkan. PM kata, BN tidak munkir janji tapi hanya lambat untuk melaksanakannya, Bukan begitu YMDS? Selalunya jawapan yang diberikan ialah menjalankan kajian terlebih dahulu dan mengadakan jawatankuasa. Ini tektik lama YMDS. Zaman bapa saya dulu mereka gunakan alasan yang sama. Macam hendak membina lapangan terbang Briah/Lumut.
YMDS,
Saya baca Perak Today hari ini mengatakan Nizar tidak pernah membangkitkan isu berkaitan masalah Pasir Panjang.
Saya rasa YMDS juga tidak banyak membangkitkan isu masalah Kubu Gajah. YB Kinabatangan selalu mengatakan DI TEMPAT SAYA ADA...(masalah dikemukakan).
Saya harap ADUN kita perlu membuat latihan (training)untuk membangkitkan masalah di kawasan ADUN masing2.
Sebagai contoh masalah yang saya bangkitkan boleh dibacakan di dewan. Apa salahnya kalau hendak maju.
YMDS asyik berbahas dengan YB Nizar tapi tidak mendesak kerajaan Perak membangunkan Kubu Gajah.
Apa yang telah dibuat untuk menaik taraf pekan Kubu Gajah dan Ijok. Tanyalah dewan.
Saya puji Sabah dan Sarawak. Mereka banyak membahaskan pembangunan di Parliman. Syabas !
YMDS,
Slogan, 'Tiada tertinggal dan tiada terpinggir' hanya boleh berjaya jika 'kerajaan' turun padang dengan pendekatan HEAD-HUNTING (Turun padang tapi 'head-hunting').
Sebagai contoh soal kemiskinan hanya dapat diatasi dengan cara mengenal pasti mereka yang betul-betul miskin, bukan dengan memberi wang kepada mereka tapi ialah dengan memberi pekerjaan.
Kalau kita iklankan pekerjaan hanya mereka yang terdedah kepada iklan sahaja yang dapat pekerjaan.
Tapi kalau kita lihat nama mereka diJPJ yang tiada lesen motosikal atau kenderaan yang lain munkin kita tahu siapa mereka yang benar2 miskin.
Kita tawarkanlah pekerjaan kepada mereka dan berikan dermasiswa untuk melanjutkan pelajaran asalkan mereka diterima masuk ke institusi yang lebih tinggi atau kelayakan minimum bagi diterima untuk bekerja.
Kalau tidak, YMDS turun padang (pendekatan head-hunting) dipersimpangan jalan masuk ke kebun getah dan kelapa sawit.
Lihat siapa antara mereka yang berjalan kaki. Saya rasa mereka ini lebih miskin daripada yang bermotorsikal. Kalau tidak tengok mereka yang berbasikal. Sebagai contoh 'Doktor' kita berbasikal dengan baju kot dari Tebing Tinggi ke Selama tiap-tiap hari lebih miskin daripda mereka yang naik motorsikal ke Selama.
Post a Comment