Template by:
Free Blog Templates

18 April 2012

Rumah YBU





























Dua orang penduduk di kampung sungai Jernih di Ulu Ijok dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah yang rumah mereka musnah dalam banjir baru-baru ini,menerima barita gembira petang ini kerana akan menerima baru.

Yayasan bina upaya (YBU) Perak bersetuju membina rumah baru tiap-tiap sebuah berharga rm 43,000.

Pekara itu dinyatakan oleh pengarah urusan YBU, Datuk Zainal Omar selepas mengadakan lawatan bersama ahli dewan undangan negeri (adun) Kubu gajah, Datul Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ke tempat kejadian dua buah rumah yang roboh akibat dipukul bah besar.

Sebuah daripada rumah tersebut milik warga emas, Zainab Abdul Kadir 80 tahun yang juga ibu tunggal manakala sebuah lagi kepunyaan, Mohd Termizi Tajudin,50 tahun yang tinggal bersama abangnya.

Sebaik kejadian itu berlaku di kampung sungai Siam di sungai Jernih, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang simpati dengan mereka telah mendapatkan bantuan daripada YBU.

Kedua-dua buah tersebut bagaimanapun, akan dibina di tapak baru bagi menggelak ia diancam banjir kali kedua.

YBU juga bersetuju membina rumah baru ketua wanita UMNO cawangan Bendang Luas juga di Ijok, yang sebahagian jatuh tenggelam kedalam sungai akibat tebing runtuh dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Sabariah Binti Mat Asek,61 tahun yang tinggal bersama suami, Zakaria Alwi, 71 tahun begitu terharu bercampur gembira menerima berita sebuah rumah baru tiga bilik.

Dalam lawatan ke rumah seorang lagi warga emas di kampung sungai Siam, Chik Binti Hashim, 80 tahun YBU bersetuju membaiki rumah beliau dengan kos rm 20,000.

0 comments: