Template by:
Free Blog Templates

30 July 2012

Islam






















Umat Islam digesa meletakan soal perpaduan sebagai keutamaan demi menjamin mase depan mereka sebagai bangsa yang terbesar di dunia.

Adalah menjamin kebimbangan tentangmasa depan masyarakat Islam jika mereka terus bercakaran dan krisis yang melanda beberapa buah Negara Islam harus dijadikan iktibar.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada fakir miskin di Mesjid Bukit Bertam di Ulu Selama, petang tadi.

Pergolakan yang berlaku di Negara-Negara Islam boleh mendorong rasa kurang percaya dan hormat dan hormat msyarakat dunia terhadap masyarakat Islam.

Beliau yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata, jika umat Islam berpecah ia akan membuka laluan kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.

Ekonomi mereka juga akan terjejas kerana pelabur akan rasa takut dan begitu juga dengan pelancong yang tidak akan datang.

Krisis yang melanda Syiria menyebabkan ramai Pelajar Malaysia terkandas sepertimana yang berlaku ketika Mesir menghadapi pergolakan tempuh hari.

Katanya, justeru di Malaysia Kerajaan melarang sebarang bentuk demonstrasi yang boleh menyebabkan berlaknya rusuhan dan kekacauan.

8 comments:

Anonymous said...

Perpaduan susah dicapai jika ada perebutan kuasa antara pemimpin. Penyokong pula terlalu emosi menyokong pemimpin yang mereka suka walaupun pemimpin tersebut ada problem.

Pendidikan perlu diberikan supaya rakyat tidak tersilap pilih pemimpin.

Pemimpin pula mesti menilai diri sendiri sama ada mereka hanya berlakun jadi pemimpin, nafsu kuat tenaga kurang atau cakap berdegar2 tahi sangkut digelegar.

Pemimpin yang demikian harus menarik diri supaya memberi peluang kepada mereka yang tenaga kuat nafsu kurang dan yang bukan retorik dan tidak pula pandai berlakun macam hero Hindustan.

Bagi negara kita yang penting sekali ialah mereka yang dipiih ialah mereka yang tidak menyakiti hati orang lain dan berpegang kepada perlembagaan dan undang2.Barulah aman dunia.

Anonymous said...

Balas dendem dan iri hati juga menjadi perbalahan antara umat Islam. Iri hati sebab kenapa setengah orang boleh jadi kaya dan yang lain jadi miskin tapi kebolehan mereka adalah sama.

Balas dendam sudah banyak berlaku seperti di zaman bintang tiga dahulu.

Contoh Iri hati memang banyak contoh seperti kelulusan lebih tinggi tapi pendapatan lebih rendah dari mereka yang berkelulusan rendah. Begitu juga naik pangkat.

Kronisme dan nepotisme juga menjadi masyarakat iri hati.

Saya rasa UMNO tahu sebab kita berbelah bagi tapi kita tak mahu mengundur diri kerana penyokong masih menyokong (undi) kita.

Begitu juga dalam parti pembangkang.

Anonymous said...

Umat Islam mesti mempelajari sejarah Islam di Sepanyol pada kurun ke 12 hingga mereka dihapuskan perang Salib.

Kalau kita hendak betul2 faham kenapa kita bercakaran antara satu sama lain bacalah sejarah ini.

Begitu juga sejarah kesultanan Melayu di Sumatra Timor dari zaman Padri hingga timbulnya PKI yang menghapuskan tamadun kesultanan Melayu di Sumatra Timor.

Di zaman moden ini timbul pula puak kiri dan puak kanan. Macam 'ortoodox'/fundemantalis dan 'libralisme'/moderaratif daripada sejarah Turkey hingga UMNO/PAS.

Yang penting tak kira PAS/UMNO/PKR/BERJASA ialah jangan mencuba untuk menyakiti orang lain.

Kalau kita tak suka Tok Guru kita diam-diam saja kerana kita juga ada kelemahan kalau dilantik jadi pemimpin.

Begitu juga kalau kita tak suka PM kita diam-diam saja kerana kita juga ada kepincangan.

Sebagai contoh apabila seseorang yang cakap banyak dilantik jadi ahli JKKK kampung mereka pun tak sempurna. Tapi mereka pandai mengata orang di kedai kopi sahaja.

Kalau YMDS tidak percaya lantiklah mereka yang tunjuk pandai di laman web YMDS sudah tentu tanah mereka/tanah bapa mereka pun tak bersih. Ini pula angan2 nak jadi pemimpin. Kita mesti tunjuk MODEL dahulu barulah sembang tentang pembangunan ekonomi jika hendak jadi pemimpin.

Lagi satu trend yang saya lihat ada pemimpin yang lulus ekonomi tapi tak pandai menjalankan pembangunan ekonomi. Kampungnya pun terbengkalai. Politik pun harap orang lain untuk menaikkannya.

Ada yang lulus dalam pelaburan (hingga ke UPM) tapi tidak menggalakkan orang kaya di ADUN Kubu Gajah melabur (sebagai DDI).

Ada yang lulus dalam bidang business tapi business Ali Baba yang dipraktikkan. Banyak buat sub-contract dengan si Baba.

Ada yang psss komunikasi (hingga PHD) tapi mereka tidak melatih pengikut (kadre) mereka berkomunikasi secara tidak marah2 (macam nak makan orang bila bersyarah). Perlu mempelajari hospitaliti dan bahasa pujukan.

Apa yang saya harapkan pemimpin kita menggunakan kepakaran (kelulusan) mereka untuk membangun masyarakat dan daerah.

Adakah kelulusan tinggi itu penting kalau kita tak gunakan apa yang kita pelajari di universiti untuk membangunkan tempat kita?

Anonymous said...

Tok Raja, apa jadi ni, felda ijok tak ada air..

Anonymous said...

Yang sebenarnya saya lihat tiada terdapat musuh Islam. Musuh Islam datangnya dari Islam itu sendiri.

Apa yang terjadi di Sepanyol sebelum kurun 12 Sultan@ Islam berlawan satu sama lain dan akhirnya tinggal hanya satu Sultan (dan pengikutnya) Kalau tinggal satu sudah tentu dalam perang salib mereka akan kalah.

Bayangkan kalau UMNO, PKR, PAS, BERJASA dan banyak pati Sabah/Sarawak pukul mati akhirnya DAP yang naik. Bukan saya anti Cina tapi itulah yang akan terjadi di Timor Tengah.

Obama tambah lagi kelengapan senjata perang di Israel walaupun 39% responden mengatakan beliau adlah seorang Muslim anak kepada Hussein dari Kenya dan membesar di Indonesia.

Ini bermakna Islam dengan Islam yang meruntuhkan Islam. Puak lain hanya tunggu bila Islam lemah.

Anonymous said...

Saham FGV mankin turun kerana HQ staff ramai yang menjual tapi orang FELDA kita masih simpan. Saya rasa dekat raya mankin ramai staff FELDA jual saham FGV. Orang Felda di Bagan Baru tak tahu nak jual di mana.

PKNK sudah untung banyak. Mereka betul2 pandai main saham. Saya lihat PAS lagi pandai main saham dari UMNO.

Kita takut FGV akan jadi KUB (saham UMNO). Orang bukan UMNO dah lari dari KUB. Yang tinggal orang UMNO dan Mak Nya dan Apek yang mahu makan jamuannya berebut2 dan dapat 50 ringgit sahaja bila mesyuarat.

APA KITA NAK buat kita hanya orang kerdil YMDS. PAS Kedah lagi pandai main saham dari UMNO

Anonymous said...

Tak payah cerita pasal saham, pasal perpaduan, pasal itu pasal ini, kalau masalah air kat felda ijok pun tak boleh selesai, admin blog ni tolong bagitau tok Raja, sebelelum ramai lg org panas hati tolong selesaikan, nak dkt raya dah ni,,

Anonymous said...

Pak Raja dulu cadang hendak buat empangan. Bagaimana cadangan tersebut.

Munkin jika Datuk Hamzah yang bercadang oooomphnya lebih sedikit.

Saya lihat kerajaan juga pandang status barulah kerajaan dengar cakap mereka yang lebih tinggi status atau yang rapat dengan PM