Template by:
Free Blog Templates

4 July 2012

Melawat













Seorang warga emas di Kampung Sungai Segar dekat Ijok mengadu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengenai nasibnya yang masih menunggu bantau daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Larut, Matang dan Selama.

Salamiah Binti Saman,63 tahun yang juga ibu begitu berharap bantuan tersebut bagi membantu menggurangkan bebanan beliau.

Beliau yang tinggal bersama seorang anak dan beberapa orang cucu menyatakan demikian ketika dikunjunggi Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin di rumahnnya hari ini.

Beliau telahpun mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan kebajikan melalui Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan masih menanti jawapannya.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap JKM dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada permohonan beliau.

Beliau juga merayu untuk mendapatkan bantuan membaiki bumbung rumah yang dikatakan sudah agak lama tidak diganti.

Sementara itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga meninjau keadaan rumah anak Salmiah, Suhaila Binti Abu Kassim yang juga mohon bantuan baiki rumah.

Beliau tinggal bersama suami Jasni Bin Saidin dan empat orang anak.

ADUN Kubu Gajah itu juga turut menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas, Rokiah Binti Mat Isa, 60 tahun yang hilang penghilatan di Kampung Sungai Jernih.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita ada ramai AJK. Mereka tak turun padangkah seperti YMDS. Hanya mahukan jawatan tapi tidak mahu turun padang. Inilah yang kita takutkan pada orang Melayu. Mereka hanya mahu jawatan seperti ketua kampung pengurusi, badan tertentu tapi tidak mahu turun padang.

Lagi satu saya lihat trend sekarang kalau nak jadi kaya buat debat tertutup dan collect duit lebih baik dari main bola tak menang2