Template by:
Free Blog Templates

12 July 2012

Kebajikan











Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa menyelesaikan segera kes kelewatan permohonan bantuan kebajikan penduduk luarbandar.

Ini adalah kerana masih ramai yang merungut kerana kelewatan kelulusan permohonan mereka.

Ada yang terpaksa menunggu begitu lama, hingga bertahun dan ada juga kes mereka yang menerimanya, tetapi ditarik balik balik bantuan.

Perkara itu dimbul dalam majlis dialog penduduk Kampung Bendang Luas bersama Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, petang tadi.

Turut hadir Ketua UMNO cawangan Bendang Luas, Rosli Che Rose, Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar dan Ketua Pemuda cawangan, Efendi Ismail.

Masalah air masyarakat dan tanah milik juga turut dibangkitkan dalam daialog tersebut yang diadakan dalam program bersembang-sembang bersama wakil rakyat.

Masalah pengambilan pasir dan tebing sungi sering rebak dan membimbangkan penduduk juga turut juga ditimbulkan.

0 comments: