Template by:
Free Blog Templates

28 July 2012

Durian Runtuh
















Seramai 599 orang isteri peneroka FELDA, Ijok tersenyum gembira menyambut ibadah puasa hari ketujuh hari ini (Jumaat 27 Julai) kerana menerima durian runtuh setiap seorang RM5,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar menyampaikan cek tersebut di satu majlis yang diadakan di perkarangan Mesjid FELDA, Ijok, petang tadi.

FELDA membelanjakan RM 2,995,000 juta bagi pembayaran tersebut. Sebelum ini jumlah yang sama (599) peneroka menerima RM5,000 sebagai pembayaran durian runtuh yang pertama.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika berucap di majlis yang turut dihdiri oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin, menyeru setiap penerima wang tersebut agar berjimat sekalipun Hariraya Aidilfitri akan tiba tidak beberapa lama lagi.

Beliau menegaskan nikmat yang dikecapai oleh peneroka FELDA amat dicemburi oleh masyarakat lain, justeru masyarakat FELDA harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan yang dicapai FELDA.

Jika mereka terus bersyukur, rahmat kurnian Allah S.W.T. itu akan berganda dan berterusan. tetapi jika tidak jangan salahkan segala pemberian Allah.

Majlis itu juga diadakan bersempena Rahmat Ramadhan Warga FELDA dan bersempena sambutan ulangtahun ke 50 FELDA, Ijok.

Wang skim insentif tanam semula MPOB (SITS) para peneroka peringkat 5 di Tanah Rancangan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dan tetamu yang lain turut berbuka puasa selepas majlis tersebut dan bersolat Maghrib.

3 comments:

Anonymous said...

Datuk Hamzah ni saya rasa masih tidak membuat sesuatu di LMS kecuali yang 2 tu.

Bossnya sudah banyak membuat berbaigai-bagai macam di Sabah, termasuklah koperasi yang saya tunggu-tunggu.

Yang sebenarnya kilang berasakan sisa sawit dan hasil minyak sawit boeh dibina di LMS tapi munkin beliau rasah susah hendak buat kertas cadangan kerana beliau banyak kerja lawat sana dan lawat sini agaknya.

Beliau harus kreatif untuk LMS macam Menteri komoditi Sabah.

Anonymous said...

Durian runtuh tapi saham FGVH pun macam nak runtuh. Rakyat FELDA masih tak tahu nak jual 800 unit dimana?

Saya takut bila saham ASTRO keluar pada September ini FGVH akan runtuh. Maksud saya durian runtuh, FGVH pun runtuh kerana orang yang sama (atau proxy) dapat IPO. Merekalah asyik jual beli saham.

Anonymous said...

Tak lama lagi orang FELDA dapat duit raya pula.

Dari mana kerajaan dapat duit banyak2 untuk berikan kepada orang FELDA.

Saya takut dividen FGV berkurangan dan saham yang diperuntukan kepada ahli koperasi belum berfungsi (diniagakan) lagi. Saya takut saham ini pun dimainkan di pasaran saham.

Kalau kerajaan mahu saham yang diperuntukan kepada koperasi ini mereka beli, kerajaan hendaklah membuktikan dividen yang pertama nanti betul2 durian runtuh.

Lagi satu galakkan ahli yang datang mesyuarat AGM nanti mendapat sekurang2nya$200 ringgit supaya mereka yang jauh dapat hadir ke mesyuarat.

Bagi proxy dan yang tak cukup $800 saham bolehlah berikan hanya $50 ringgit kerana saya lihat terlalu ramai proxy yang datang. Buatlah macam saham TNB. Tak sampai 1000 door-giftnya tak serupa dengan yang mereka ada saham melebihi 1000.

Kalau kerajaaan buat demikian nescaya ramai yang menyimpan saham mereka. Kalau tidak mereka akan jual dan harganya nanti akan merudum. Saya rasa yang ramai jual ialah kakitangan FELDA. Penorka tak pandai jual. Kalau kakitangan asyik jual harganya pun akan merudum. CEOnya yang kreatif yang saya tahu harus berbuat sesuatu yang dapat menggalakkan mereka menyimpan lama2.

TH Plantataion dulu tambah lagi saham pada mereka yang simpan lama kerana tanah TH Plantation dinilai semula. Saham yang diberikan berdasarkan nilai harta yang baru.

Kalu FGV nilai semula harta yang baru dibeli sudah tentu mereka dapat beri saham percuma. Tapi kalau tak kreatif dan inovatif CEOnya menilai sesudah 5 tahun baru barulah dinilai semula. Saya takut CEOnya nama saja yang kreatif tapi tidak kreatif supaya rakyat FELDA tidak menjual saham mereka. Belau hanya kreatif untuk perkembangan tapi tidak tahu untuk menyekat mereka supaya jangan menjual saham mereka.