Template by:
Free Blog Templates

4 July 2012

Permohonan




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meluangkan masa mendengar masalah rakyat.

Ketika berada di kampung titi Ijok, ketua UMNO cawangan Bagan Bahru, Shamsuddin Ibrahim dan ketua UMNO cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin telah menemu beliau membawa masalah rakyat.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap masalah rakyat semua peringkat dapat diselesaikan dengan baik.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan masalah rakyat terutama terutama di luar bandar.

2 comments:

Anonymous said...

Masalah rakyat sama saja YB. Pi mai pi mai tang tu wal hasil balik hasal.

Sebagai contoh kalau YMDS tanya saya, masalah saya ialah kera merosakkan tanaman sejak dari dulu.

Masalah yang kedua ialah orang yang sama dapat kesemuanya.

Masalah ketiga harga getah tidak seragam. YB Larut sudah silap tentang pasar hadapan komoditi. Beliau kata harga sawit tidak ada spekulasi. Bagaimana tentang pasar hadapan. Harga getah pagi lain dengan petang tapi getahnya belum dijual. Harga getah turun haraga tayar tidak. Harga sawit turun harga minyak sawit tak turun.

Tanah terbiar berpaya tidak ada parit adalah masalah saya sejak kecil lagi.

Tak payah tanya rakyat tentang masalah.

Tanyalah rakyat kenapa ramai migrasi ke bandar? ITULAH MASALAH BESAR DI LUAR BANDAR.

Kalau ada kerja seperti pengarah/pengurusi kilang di Kubu Gajah sudah tentu wakil rakyat kita tidak duduk di Taipig, Ipoh dan KL? sejak dari dulu lagi.

Anonymous said...

YMDS,

Untuk mengkaji masalah rakyat kawasan ADUN Kubu Gajah senang saja YMDS.

Bila kita tanya saudara mara kita yang perpencen kenapa mereka tidak balik bermastutin di kampung sudah tentu kita dapat jawapannya.

Lagi satu tanya anak kita kenapa mereka tidak mahu balik ke kampung walaupun pendapatan lebih di kampung.

Anak Haji Rejam ada tanah yang luas berhampiran dengan rumah YMDS Tebing Tinggi. Pendapatan mereka lebih 40 ribu sebulan. Kenapa mereka bermastutin di Bagan Serai dan Parit Buntar? Tidak macam cikgu Nayan dan Hj. Talib yang tidak berhijrah ke bandar.

Mereka berhijrah ke bandar. walaupun sara hidup mereka belum tentu terjamin munkin apa yang mereka mahu di luar bandar tidak dapat diperolehi.

Indek keamanan/keselamatan kita meningkat. Tapi beranikah YMDS duduk di rumah ayahanda YMDS di Tebing Tinggi? Lampu jalan pun tiada?