25 July 2012
Ramadan
Umat Islam tidak kira dimana menyambut bulan Ramadan dengan rasa Kesyukuran termasuk mereka yang mengambil peluang berniaga di pasar Ramadan.
Seperti juga di tempat-tempat yang lain,Pekan Ijok juga tidak sunyi dengan kesibukan bazar Ramadan, tempat jualan kuih muih dan lauk pauk bagi masyarakat Islam berbukat Puasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar meluangkan masa meninjau pasar Ramadan yang diadakan di tapak Pasar Tani di Pekan Mesjid Ijok, petang tadi.
Sambil bertanya khabar, beliau juga turut membeli kuih dan lauk untuk berbuka puasa di gerai yang beliau lawati.
Beliau amat gembira semangat yang ditunjukan oleh masyarakat tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk menambahkan pendapatan mereka dengan berniaga menjelang Hariraya Aidilfitri nanti.
Ketika beliau meninjau gerai-gerai di pasar Ramadan itu, pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan juga turut membuat pemeriksaan bagi menjamin kebersihan dan tanggjungjawab setiap peniaga.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Daerah Selama, Mohamed bin Abdullah dan Ketua UMNO cawangan Bendang Luas, Rosli Shamsuddin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Datuk Wira Jalilah dan Datuk Paduka Ismee dilantik menjadi pengarah baru PGVH.
Kerajaan pengutamakan pencapaian diutamakan.
Datuk Wira Jalilah pass BA bolehkah pantau ladang FELDA,
Saya masih mahukan orang yang lulus Diploma MPOB jadi pengarah FELDA jika kita mengutamakan kejayaan.
Datuk Paduka Ismee sudah pegang 5 jawatan pengarah. Adakah UMNO tidak mempunyai ramai akauntan yang yang lain atau anak FELDA yang lulus perakaunan. Takkanlah seorang anak FELDA tiada pun yang ada lulus perakaunan. Bagilah orang lain jadi pengarah kalau kita sudah pegang 5 pengarah lain. Kita belum tahu kerana kita belum cuba yang lain.
Perkara beginilah yang dibangkitkan ahli UMNO dan anak FELDA. Sebab itu kita lihat ada ahli UMNO yang keluar UMNO kerana tidak dapat apa2 pun.
Bapa saya ahli UMNO terkilan kerana dapat bantuan beras dari PAS. Sejak jadi UMNO dia tak dapat apa2. Bila PAS naik dia dapat beras. Saya ingat PAS tahu siapa yang betul2 miskin. UMNO hanya tahu melalui JKKK.
Tapi bapa saya masih UMNO kerana berpegang kepada ideologi.
Saya mahu ketua UMNO Cawangan Bendang Luas sentiasa peka dengan isu yang dibangkitkan di kotak SEMBANG (chit-chat) dengan menjawab semua yang tidak betul.
Saya sntiasa membaca ruangan SEMBANG.
Kesimpulannya, mereka yang benci UMNO bukan bencikan UMNO secara total tapi bencikan segelintir daripada pemimpin UMNO. Adakah UMNO sudah membuat penyelidikan.
Persatuan Profesor sudah membuat penyelidkan tapi saya takut sampelnya bukan berdasarkan teori kemunkinan. Tidak semua profesor dapat PHD dalam statistik dan kaedah penyelidikan, yang saya tahu.
Pegawai Jabatan Kesihatan selalu tidak melihat kedai mamak. Ada juga mamak di depan bersih tetapi di dapur kotor. Dulu saya lihat cucurnya jatuh ke tanah bila orang tak nampak mereka ambil balik dan masukkan kembali ke juadah yang disediakan. Kita Islam sepatutnya pembersih tapi yang jatuh kutip semula kalau orang tak nampak. Sudah kencing tak basuh tangan pun ramai juga kerana saya selalu makan kedai mamak. Harap pegawai kesihatan selalu turun padang. Nasi pagi pun ada brought forward dari malam.
Nampaknya Tuan Syed Proton pun hendak dilantik jadi ahli lembaga FGVH. Beliau lulus Engineering. Bolehkah beliau memaksimumkan pemerahan minyak ke full capicity di kilang FELDA.
Orang macam beliau akan memodenkan kejenteraan pertanian tapi harganya tetap mahal macam pengait buah kelapa sawit. Cuba cari orang yang pandai memerangi soyabean ada lebih baik supaya harga CPO sentiasa tinggi. Inilah yang saya fahami tentang pencapian diutamakan (disesuaikan dengan kelulusan/pengelaman)
Post a Comment