Template by:
Free Blog Templates

28 July 2012

Bubur Lambuk












Setiap kali tiba bulan Ramadhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar akan mengagih-agihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Sumbangan itu dibuat pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Puasa. Beliau menyampaikan bungkusan bubur tersebut sebelum solat Asar kepada mereka yang berada di sekitar kawasan Pasar Ramadan di Kampung Mesjid.

Persediaan bubur itu dibantu oleh Bendahari Puteri UMNO Bahagian Larut, Mazda Tahir manakala Ahli Majlis Daerah Selama (MDS), Mohamed Abdullah membantu mengagihkannya.

Bubur lambuk itu amat laris dan pengagihannya selesai hanya dalam masa beberapa minit, tetapi ia tidak menjejaskan jualan bubur yang sama di pasar berkenaan.

Bubur lambuk adalah makanan tradisi dan terdapat di mana sahaja yang disediakan oleh umat islam sebagai juadah berbuka puasa.

1 comments:

Anonymous said...

Saya tengok ada juga ambil bubur lambak tapi dia tak makan.

Kalau kita beri kurma sudah tentu semua yang makan. Kita mesti kreatif. Kalau orang beri bubur lambak kita berikan yang lain.