Template by:
Free Blog Templates

11 July 2012

Pembagunan











Kerajaan Perak sentiasa memberikan perhatian bagi untuk membangun dan memajukan kawasan luarbandar.

Menteri besar Perak, Datuk Seri Dr zambry Abdul Kadir sendiri secara peribadi mahu melihat pekan-pekan kecil seperti Ijok dan Kubu Gajah berubah wajah dengan aktiviti pembangunan dan kemajuan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar juga tidak pernah berputus asa untuk melihat program pembangunan terus dicapai di kawasannya.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut berkata demikian ketika berucap di satu majlis perjumpaan di pekan Kubu Gajah, malam tadi.

Turut hadir ketus kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran, ketua penerangan UMNO bahagian, Roslan Yusop dan ketua UMNO cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

Katanya perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Dr zambry merupakan dua tokoh pemimpin yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Sebagai bukti, Datuk Seri Najib sendiri turun melawat kawasan Felda, Ijok manakala Dr Zambry telahpun melakukan majlis pelancaran projek pembangunan semula pekan Ijok baru-baru ini.

Beliau menambah kerajaan juga akan membina beberapa kemudahan sukan bagi memajukan pekan kecil Kubu Gajah dan ekonimi penduduk tempatan.


0 comments: