Umat Islam seharusnya menjauhkan diri dari perbuatan menfitnah diantara satu dengan yang lain sebaliknya jika mereka tidak bersetuju dengan sesuatu itu walaupun ia mendatangkan kebaikan, adalah lebih baik mereka berdiam diri.
Ada pihak yang terlalu cemburu dengan keuntungan besar saham yang diperlolehi oleh FELDA Global Ventures Berhad selepas ia disenaraikan selain yang terbaru International Healthcare (IHH).
PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berucap selepas majlis berbuka puasa di Ipoh, menegaskan pemberian pelbagai bentuk termasuk bonus setengah bulan gaji, membuktikan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta isteri adalah diantara lebih 5,000 orang yang membanjiri perkarangan kediaman Menteri Besar di Ipoh.
Perdana Menteri percaya dengan sokongan rakyat yang semakin kuat Barisan Nasional (BN) Perak pimpinan Dr Zambry akan mencapai kejayaan cemerlang pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.
Dr Zambry dalam ucapan beliau menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan yakin BN akan mencapai kejayaan cemerlang pada PRU ke 13.
Sebelum menunaikan solat Isyak dan Trawih, Perdana Menteri turut dihadiahkan Kek pulut kuning oleh Menteri Besar sempena Ulang tahun beliau yang ke 59. Datuk Seri Najib turut menyumbangkang kain jubah kepada seluruh Iman Mesjid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Datuk Sabri CEO FGVH mengatakan beliau seorang yang inovatif dan kreatif.
Bagi seseorang yg inovatif beliau harus mengemukakan sesuatu yang inovatif apabila harga saham menurun dan untungnya juga menurun di suku tahun ini
Bila naik bolihlah beliau joli sedikit. Bolehkah untung FGV melebihi untung koperasi FELDA?
Masalah cemburu tidak timbul tapi ada orang jual FGVH dan beli IHH, jual IHH beli Astro, jual Astro beli saham 'Kondom' Keluang. Bagaimana PM nak sekat kumpulan (yang sama) ini. PKNK pun main saham hingga saham FGV turun ke $5.19.
Mulai sekarang UMNO mesti report kepada polis jika ada individu UMNO yang difitnah jika kita hendak menang PR 13. Saya namakan perang saman menyaman harus dimulakan sebelum PR 13.
Tabung Haji sudah jual kelapa sawitnya di Indonesia. Saya takut FGVH pula ke sana. Harga anak benih kelapa sawit FELDA $2.60 di Temerloh. Sepatutnya FELDA banyak duit. Kenapa mahal sangat?
Banyak orang kata pokok FELDA banyak yang tua tapi ia belum monopaus lagi.
Supaya tidak merugikan Datuk Sabri patut tanam anak pokok pengganti di tengah2 segi tiga macam kami buat di sini.
Elok sahaja pakok tua monopaus anak pokok yang telah ditanam antara
barisan sudah pun mengeluarkan buah,
Dengan yang demikian tomahan mereka yang mengatakan 55% sudah tua dapat diatasi oleh pokok penanti yang disulam. Saya harap Datuk Sabri perlu kreatif dan membina kilang kompos hasil daripada bahan sisa buangan kelapa sawit di Pondok Tanjung atau dekat kilang FELCRA yang ada sekarang. Buat apa duit IPO banyak2 kalau tidak kreatif.
IHH tidak mahu meramal dividennya masa depan. Kalau ada lebih, adalah kata CEOnya.
Saya rasa untungnya akan dijadikan modal perkembangan dan akhirnya tiada dividen.
Yang untung gaji kakitangannya besar2.
Banyak saham harta tanah yang beri dividen kecil sangat, kerana keuntungan dibawa keluar negeri untuk berkembang. Kalau tak percaya tanyalah orang kuat kita yang menjadi pengarah harta tanah.
Terlalu banyak yang PM berikan pada rakyat.
Kenapa tak simpan separuh semasa mesyuarat agong syarikat FGV tahun depan.
KUB yang miskin berikan 50 ringgit kepada yang hadir mesyuarat.
Saya harap FGVH yang kaya berikan 5,000 kepada yang hadir mesyuarat, barulah setimbal dengan gaji CEOnya.
Saya pun hairan kenapa PM tak bantu KUB (hak UMNO) lebih daripada FGVH (hak UMNO dan pembangkang)? Sungguh Hairan bin Ajaib
Kata MB kita, sokongan rakyat semankin meningkat di Perak.
Tapi saya li
hat semasa Hj Jaafar ketua kampung dulu Sungai Dendang UMNO sungguh kuat. Tapi sekarang ini kempen PAS mengatasi UMNO.
Bila tanya orang UMNO mereka kata mereka ada stretegi sendiri.
Saya lihat strategi UMNO banyak yang jumpa orang tua2 Yang muda siok dengar kempen yang ada isu.
Bila nak letak bendera BN depan rumah En Nordin, Rosli (Ulik, driver bas Taiping) dan Saadiah di Sungai Malau dalam. Saya hendak lihat sama ada mereka ini UMNO tulin atau UMNO celup. Depan rumah mereka ada tiang lampu. Jangan jadi macam di Sungai Dendang. Bila PAS pasang bendera baru kita nak pasang di tempat yang sama.
Si Ulik driver bas Taiping-Selama boleh tolong kita kerana beliau dulu kawan rapat adik YMDS. Tidur makan di situ.
Post a Comment