Rakyat semua kaum diingatkan agar tidak menyentuh isu perkauman bagi menggelakan perpecahan dan kacau bilau.
Pengalaman hitam 13Mei 1969 masih subur dalam ingatan rakyat dan sejak dari peristiwa itu ramai yang telah mengambilnya sebagai iktibar.
Dalam sistem demokrasi ini, rakyat bebas bersuara, tetapi tuntutan itu tetap ada batasannya, terutama sekali jangan sampai menyentuh perasaan perkauman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar pagi tadi mengadakan perjumpaan dan majlis ramah mesra dengan masyarakat cina di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah.
Turut Hadir Pengerusi MCA cawangan Kubu Gajah, Loh Swee Sing, Pengerusi Tokkong Cina Redang Panjang, Kiang Chew Way dan Ketua Rela Sungai Terap, Yong Chee Sing.di program yang diadakan di dewan Orangramai Kampung Tersusun Kubu Gajah.
Kebebasan yang diberikan tidak bermakna, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa menghormati undang-undang yang ada.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) samada pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperingkat pusat mahupun diperigkat negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sentiasa mengambil berat menegenai kebajikan masyarakat cina.
Isu tanah dan bantuan baiki rumah serta masalah perlantikan wakil dalam Majlis Daerah turut dibincangkan.
20 July 2012
Masyarakat cina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Orang Cina tak faham perlembagaan dan bagaimana kita diberikan MERDEKA sebab itu pemuda Cina membangkitkan perkara macam perkauman tapi sebenarnya bukan perkauman.
Kalau tak tahu belajarlah mata pelajaran Sejarah sekali lagi.
Terima kasih pada orang Cina yang mahu belajar sejarah.
Post a Comment