Template by:
Free Blog Templates

20 July 2012

Jalan rosak










Jabatan Kerjaraya (JKR) diminta memperbaiki segera kerosakan jalanraya dekat batu 25 jaan Redang Panjang Batu 20 melalui jalan lama ke Batu Kurau yang didapati membehaya kepada pengguna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yang meninjau kerosakan tersebut mendapati saluran air di tepi jalan tersebut tersumbat dan dipenuhi dengan pasir.

Ia mengakibatkan jalan tersebut mudah ditenggelami banjir dan juga merosakan jalan sekalipun ia baru diperbaiki.

Rami pengguna jalan tersebut mengadu mereka sering terbabas dan berharap pihak berkenaan segera mengatasi masalah yang sering menghantui mereka.

Jalan Redang Panjang masih menjadi perhubungan utama kepada penduduk seperti di Redang Panjang, Bagan Baharu dan Batu 20 untuk ke Batu Kurau dan seterusnya ke Taiping.

Saya akan membangkitkan masalah jalan ini di mesyuarat tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama yang dijadualkan minggu depan.

1 comments:

Anonymous said...

Pengelaman saya, kita selalu lambat mengemukakan permohonan. Apabila peruntukan sudah habis baru kita ajukan permohonan ke Kementerian Luar Bandar.

Inilah kelemahan JKKK LMS. Munkin mereka asyik berpolitik agaknya. Bila duduk kedai kopi buatlah satu usul atau permohonan. Ini asyik sembang macam hendak memarakkan batu api sahaja. Lama2 soal bendera semasa kedatangan TPM pun menjadi2lah. Inikah yang dikatakan orang Islam. Malu dekat Cina Sunagai Bayor saja.