Industri sukan akan berkembang dan mendapat sokongan yang luas jika insentif seperti pengecualian cukai diberikan kepada mana-mana penganjur.
Di Korea dan Jepun, sukan seperti bola sepak semakin berkembang dan industrinya telah menjamin karier kepada para pemain.
Justeru, adalah diharapkan juga dalam pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Metneri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pengecualian cukai kepada penganjuran sukan di Negara ini akan diberikan keutamaan.
Demikian disarankan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap meresmikan perlumbaan 4X4 Road to Kubu Gajah dan Cubcross di FELDA, Ijok pagi tadi.
Lebih 7,000 orang penoton membanjiri trek 4X4 tersebut yang disertai oleh 80 orang peserta termasuk dari negara jiran, Thailand.
Program 4X4 road to Kubu Gajah ini dianjurkan adalah bagi mempromosikan lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di kalangan masyarakat luar.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah sukan lasak semakin mendapat sambutan kerana ia jarang-karang sekali dianjurkan berbanding dengan sukan yang lain.
Sambutan setiap kali sukan 4X4 ini diadakan di FELDA, Ijok sentiasa mendapat sokongan dan samabutan yang menggalakan, bahkan ia adalah diantara penganjuran terbaik di negara ini.
Beliau menegaskan aktiviti sukan janganlah dipandang ringan kerana, selain membantu menjana ekonomi sukan juga mampu memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum.
Program tahun ini lebih meriah kerana ia diadakan bersempena tahun malawat Perak dan ulangtahun sambutan jubli emas FELDA, Ijok.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga menyampaikan sumbangan keapda warga emas dan orang kurang upaya (oku) di majlis perasmian itu.
Majlis tersebut turut disertakan nasi bungkus.
0 comments:
Post a Comment