Jabatan Parit dan Saliran (JPS) digesa agar mengambil tindakan segera memperbaiki tebing sungai Ijok yang rebak dekat Sungai Limau yang mengakibatkan sebuah titii gantung di situ runtuh.
Akibat daripada titi gantung yang runtuh itu, perhubungan orang ramai dari kampung sungai Limau ke kampung dan ladang seluas kira-kira 1,000 ekar terputus.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melawat tebing sungai dan titi tersebut yang dibina hanya beberapa tahun yang lalu, tetapi disebabkan tebing yang runtuh ia telah roboh.
Turut hadir Pegawai JPS Daerah, Sukardi bin Mohd Hussein Shah . Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Jutera Kanan JPS Daerah,Mokhtar Hasran.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap mendapat laporan penuh dalam kadar segera mengenai punca tebing sungai itu runtuh dan juga di beberapa tebing sungai yang lain.
Beliau turut melawat tebing sungai yang dimakan hakisan dekat Jambatan ke FELDA, Ijok dan di Kampung Bagan Baharu.
Jambatan ke FELDA, Ijok merupakan perhubungan utama jalanraya antara Bagan Baharu ke Kubu Gajah.
20 July 2012
Runtuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Dulu ada orang kita pegawai Parit dan Saliran. Tapi sekarang saya hanya jumpa beliau bila beliau menjual buah kelapa sawit di kedai Hj. Lan Sungai Dendang (Tiga minggu sekali.
Saya berharap YMDS hendaklah berkawan baik dengan boss2 seperti mereka, Jabatan Masyarakat dll supaya semuanya bisa diurus kata orang Indon. Saya lihat YMDS lebih banyak bergaul dengan 'boss' politik.
Post a Comment