Mesyuarat agung perwakilan UMNO Bahagian Larut akan diresmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal di Batu Kurau pada 15 Septermber yang akan datang.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar lebih 600 orang perwakilan daripada 97 cawangan akan menghadiri mesyuarat tersebut.
Tahun lalu, mesyuarat agung perwakilan bahagian tersebut diresmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Selama.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri juga telah mersmikan mesyuarat agung perwakilan UMNO Bahagian Larut yang diketuai Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin di Selama.
Sementara itu, besok, Ahad 15 Julai beberapa bahagian UMNO di Perak akan mengadakan pesidangan mereka termasuk bahagian Lumut yang akan diresmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; bahagian Ipoh Timor dan Parit oleh Datuk Seri Shafie Afdal; bahagian Kuala Kangsar dan Sungai Siput oleh Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi, Gerik oleh Menteri Pertanian, Datuk Noh Omar dan Tapah, Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
14 July 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Bagi orang yang memahami jawatan bukannya anugerah, dia tidak berasa susah untuk meletakkan jawatan atas dasar tanggungjawab.
Ini namanya MAS'ULIYYAH yakni kepertanggungjawaban.
Bagi orang yang melihat jawatan sebagai jawatan ini aku yang punya, dia pastinya berasa susah untuk meninggalkannya kerana baginya jawatan itu adalah oksigen kehidupannya.
Inilah namanya MASALAH!...
Post a Comment