Template by:
Free Blog Templates

1 August 2012

Runtuh












Projek menaik taraf pekan Ijok dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah akan bermula awal bulan ini.

Sebanyak 10 buah rumah kedai papan yang terbabit dengan pembangunan pekan baru Ijok itu akan mula diroboh pada 5 ogos ini.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata wajah pekan Ijok selepas ini akan berubah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian jubah imam Masjid hadiah perdana menteri dan sumbangan kepada fakir miskin di pekarangan dewan majlis di pekan Ijok.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan turut hadir di majlis tersebut dan berbuka puasa.

Perbadanan kemajuan negeri (PKNPK) sebagai pemaju yang terlibat akan membelanjakan kira-kira RM 7.4 Juta.

Bangunan rumah-rumah kedai tersebut akan dijual pada kadar RM 140,000 dan keutamaan diberi pada pemilik sekarang.

Menteri besar Perak, Datuk Seri dr Zambry Abdul kadir telah melakukan majlis pelancaran projek menaik taraf pekan Ijok baru-baru ini.

1 comments:

Anonymous said...

Nampaknya Ijok sudah mula hendak berkembang.

Bagaiman dengan Kubu Gajah?

Trend sekarang ini saya lihat pembangunan pekan baru dibina dekat pekan lama, ia macam berkembar supaya pekan tersebut lebih meluas sebaranya.

Contohnya, pekan baru Parit Buntar dibina dekat jalan keretapi.

Kamunting menjadi pekan berkembar dengan Taiping. Begitu juga Pekan Jawi, Kulim dll supaya pekan tersebut merebak ke luar bandar.

Alangkah baiknya jika Lembah Keluang dimajukan supaya ia berkembar dengan Kubu Gajah.

Saya harap YMDS mulailah berbuat baik dengan pengurusi Boustead. Nampaknya dalam TV beliau berdiri dekat PM nak buka International Financial Centre.

Buat baiklah juga dengan Menteri Pertahanan kerana cakap beliau munkin masin, kerana lembaga pengarah Boustead hampir semuanya askar pencen.

Saya masih berharap YMDS berbuat baik dengan mereka selain daripada Ketua Kampung. Mudah2an juga YMDS dipilih jadi Pengarah Boustead. Saya rasa lebih baik dari pengarah Maju Perak.

Lagi satu jika YMDS bina rumah persinggahan YMDS di Kampung Tengah sudah tentu YMDS majukan Kubu Gajah.

Tapi sekarang rumah persingahan YMDS di Batu Kurau sudah tentu fokus YMDS lebih ke Ijok.