Ketua UMNO bahagian Larut, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengingatkan ahli-ahli UMNO pentingnya semangat bekerjasama bagi memastikan kemantapan jentera parti menghadapi pilihanraya umum (PRU).
Untuk mencapai kemenangan, ahli-ahli parti mesti bersatu dan elakkan sebarang perbalahan.
Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, mengadakan perjumpaan dengan pusat daerah mengundi (PDM) dan cawangan-cawangan bermasalah di bangunan UMNO Batu Kurau, petang tadi.
Beliau menambah UMNO akan mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanggi, tetapi untuk itu, mereka mesti bersatu dan menguatkan perpaduan.
Beliau juga meminta semua 46 PDM di parlimen Larut memperkemaskan jentera pilihanraya mereka menghadapi PRU ke 13.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, mesyuarat Agung UMNO bahagian Larut akan diadakan pada 15 september di padang astaka Batu Kurau.
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal yang juga naib presiden UMNO akan merasmikan mesyuarat tersebut jam 10 pagi.
2 comments:
Di tempat lain UMNO dapat bersatu kerana tidak ada ahli yang cuba membolot semuanya pada mereka yang tertentu sahaja.
Saya masih mensyorkan UMNO LMS hendaklah mengadakan data base bagi ahli2 mereka supaya kita dapat memberi sesuatu hanya kepada mereka yang berjaya untuk menjayakan slogan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Sebagai contoh cikgu/ustaz yang banyak bagi ceramah atau tuition free sepatutnya diberikan kehormatan dan diketengahkan. Begitu juga pengusaha lembu,kelapa sawit dll supaya kita tidak memilih macam taukey feedlot di Gemas. Kita beri ahli UMNO atau orang Melayu yang tiada pengelaman lembu akhirnya beliau yang jadi 'lembu'.
LMS hendaklah menyediakan data base bagi mereka yang berjaya dalam semua bidang termasuklah kontraktor dan penternak ikan.
Kalau kita pilih orang berkelayakan sudah tentu orang Cina dan India tidak memandang rendah pada kaum Melayu.
Kita tidak mahu menjadi MIKKA Holding kerana silap pilih ahli lembaga pengarahnya habis bankerap.
YMDS dengarlah apa DAP kata tentang Melayu. Kadang2 kita rasa malu pada mereka
Ada Melayu yang cemerlang tidak kita ketengahan. Kita masih ketengahkan mereka yang retorik tanpa ada pencapaian yang dapat dimegahkan.
YMDS,
YMDS hendaklah mengkaji kenapa ramai orang LMS keluar UMNO padahal kedua-dua parti memperjuangkan perkara yang sama (Melayu/Islam) tapi cara yang berlainan.
Dari segi logik matimatik U=I boleh dikatakan dua kali lima sahaja tapi yang membezakannya ialah seperti pepatah Inggeris OLD WINE IN A NEW BOTTLE.
Orang PAS yang keluar UMNO hanya bencikan sesetengah pemimpin UMNO dan UMNO pula tidak beri peluang kepada orang Melayu yang berjaya baik pun dari segi pencapaian akademuik atau ekonomi dll naik ke atas.
Sampai bila pun Melayu berpecah kerana UMNO tidak mengketengahkan mereka yang terbilang, cemerlang dan gemilang.
Sebagai contoh kita ambil pengarah FGVH lulus Oxford dan Cambridge tapi mereka bukan lulus dalam RISK MANAGEMENT atau ACTUARY untuk meramal risiko FGV masa hadapan.
Mereka beli lagi tanah kelapa sawit. Sepatutunya mereka buat macam kayu getah.
Minyak jangan diekspot tapi hasinya yang diekspot. Begitu juga getah Jangan jual getah tapi hasinya yang dijual.
Sebab itu kita mesti ramai mereka yang lulus manufacturing engineering/ Industrial engineering.
Cuba lihat ASW untungnya menurun kerana pengarahnya tidak lulus dam financial analysis dan risk management. Orang Melayu yang lulus dibidang inio dikatakan terlalu muda untuk jadi Chairmannya.
Post a Comment