Template by:
Free Blog Templates

8 August 2012

Sungai







Semangat penduduk Kampung untuk mencari punca air bagi mengusahakan bendang akhirnya menyebabkan pihak berkuasa membina sebuah lagi terusan diatas sungai yang sedia ada disempadan Kampung Sungai Segar dan Redang Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Terusan yang dikatakan dibina sekitar tahun 1942 itu adalah air yang mengalir dari sungai Ijok dan terus menuju ke Tasek Bukit Merah manakala sungai yang sedia ada di bawahnya ialah air dari sungai Segar.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengadakan lawatan untuk meninjau terusan berkenaan.

Penutup terusan berkenaan diatas Jambatan sungai Segar ada yang rosak dan membayakan pengguna motosikal.
















Beliau berharap Jabatan Parit dan Saliran (JPS) akan mengabil tindakan segera selain tanah dekat saluran air yang berdekatan juga telah terhakis.

Turut hadir Ketua Kampung Segar, Haji Zulkifli Ahmad yang juga Ketua UMNO cawangan Sungai Segar.

4 comments:

Anonymous said...

Saya berharap semua jabatan juga turun padang kalau kita hendak maju.

Masa dulu saya masih ingat boat DID ada mudik di Sunagai Ijok membesihkan pokok tumbang.

Tapi zaman sekarang mereka tak turun padang lagi. Yang turun hanya wakil rakyat. Macam mana kawasan ADUN Kubu Gajah hendak maju jika ADUN sahaja yang turun padang.

Saya berharap RISDA turun padang dan cari jalan untuk membangunkan tanah terbiar tepi jalan supaya boleh ditanam dengan sawit/getah.

Saya masih susah hati juka melihat ada hutan di tepi jalan.

Sebab utamanya ialah terlampau mahal bayaran pecah bahagian tanah.

Di Sarawak RISDA tanam kawasan tanpa getah dan pecah bahagian pun free.

Lebih baik kerajaan membantu pecah bahagian tanah daripada memberi BR1M bagi mereka yang ada tanah.

Saya syorkan pejabat tanah menentukan siapa yang mesti dapat BR1M. Mereka yang ada tanah eloklah dibantu untuk pecah bahagian daripada diberikan BR1M supaya mereka boleh berdikari ke anak cucu.

Ingatlah pepatah mengatakan jangan beri pada petani duit berilah mereka cangkol dan benih/musang king (contohnya)

Anonymous said...

Tan Sri Dr.Abdul Samad Hj. Alias, Bt 10 Hulu Langat nampaknya beli saham TH Plantation secara terbuka tapi beliau tidak mahu beli FGV kerana beliau juga ada kepentingan dalam FGV. Adakah beliau tidak ada confidence pada FGV?

Inilah yang patut orang FELDA Ijok persoalkan supaya saham FGV naik.

Saya sokong penuh hanya mereka yang membeli lebih sejuta saham di pasaran terbuka sepatutnya dilantik jadi Pengurusi selain pebgelaman.

Dan bukan sebarang engineer yang perlu dilantik bekerja di FGV Industrial engineerlah yang perlu dilantik untuk menjaga kilang FGVH. Kalau salah lantik kilang kita tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau orang tak pandai mereka jual kilang2 ini.

Universiti Warwick lebih baik dari Durham untuk industrial engineering.

Lantikan baru ketua downstream FGVH lulus engineering dari Durham.

Itulah yang saya fahamkan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Bukan lantik dol mat din (Dick Ton and Harry) sahaja menjadi ketua bahagian supaya FGV maju ke hadapan.

Semasa saya di US dahulu ramai orang kita lulus industrial engineering. Begitu juga semasa saya di Warwick. Salah seorang daripadanya orang Batu Kurau dan yang lain ialah Naib Canselor universiti Perubatan di Cyberjaya dan ramai lagi yang boleh jaga kilang yang saya tahu. Naib Canselor ini dilantik Jadi pengarah pun baik jika. Kalau engineer proton dia boleh buat banyak traktor sajalah.

Anonymous said...

Di Amerika bila kita minta wakil rakyat buat sesuatu mereka serta merta memikirkan juga bagaimana hendak mengutip cukai untuk membayar balik apa yang dipohon oleh rakyat.

Sebagai contoh jika saya minta kerajaan membuat parit di tanah reserve kerajaan saya juga memikirkan bagaimana hendak mendapatkan pulangan dari mereka yang memohon memnita parit dari JPS.

saya sudah melihat ramai yang menan kelapa sawit dipersekiran.

Sudah tentu saya agak mereka ini juga akan menanam kelapa sawit.

Dan bila kita tanya menteri komoditi tentang pulangan yang diperolehi tentu beliau tahu banyaknya.

Kalau kita sentiasa gunakan duit minyak petronas yang membina parit sudah tentu orang Trengganu hairan kenapa royalti sedikit.

Perkara begini saya rasa saya tidak perlu bertaskirah lagi. Semua wakil rakyat tahu tapi sekadar mengingatkan.

Masalah turun padang, YMDS perlu juga buat eksperimen dengan menanam pokok betik di keliling kolam di tanah YMDS di Tebing Tinggi.

Lihat apa kesudahannya?

Anonymous said...

Saya masih berharap YMDS turun padang dengan menjadi ahli persatuan/pertubuhan yang paling mundur di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Sebagai contoh menjadi ahli JKKK bagi kampung yang paling mundur dan penghuninya hampir semua berhijrah ke bandar/tempat lain.

Kampung Raja, Kampung Tengah di Tebing Tinggi misalanya mempunyai penduduk paling ramai di zaman British dahulu tetapi sekarang lengang macam disambat geruda.

Zaman sebelum Jepun ada sejumlah 6 hartawan yang terkenal si situ tetapi sekarang cucu mereka menjadi tidak berkatahuan. Yang kaya sekali pada masa itu hingga selalu bermain kuda di Pulau Pinang dan yang pertama sekali ada rumah asap di kaawasan ADUN Kubu Gajah.

Haji Amin misalanya ada rumah kuci, rumah batu terrace di depan rumah Raja Omar, hingga sekarang pecahan rumah batu peninggalan sejarah ini masih ada.

Gedung yang terbesar dibina di Lembah Keluang tapi tidak disiapkan setelah kejadian pembunuhan berlaku semasa zaman peralihan kuasa.

Orang main kuda dan rumah batu berderet tidak terdapat di mana-mana kawasan kampung di ADUN Kubu Gajah pada zaman itu.

Pekan Kubu Gajah hanya hutan dan banyak lalang pada zaman tersebut.

Bangunkan tamadun lama.