Template by:
Free Blog Templates

7 August 2012

Duit Raya










Satu lagi kawasan baru Ladang Rakyat dijangka akan dimajukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah berikutan dengan kelulusan tanah Kerajaan seluas 1,500 ekar.

Sebahagian daripada kawasan tersebut telah dipohon oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (PKPNPK) untuk dimajukan tidak lama lagi.

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak (PKEIPK) juga turut menyatakan hasrat memajukan tanah tersebut.

Gambaran mengenai kemajuan tanah tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian duit raya hasil keuntungan Ladang Rakyat PKPNPK di Kubu Gajah, tengahari tadi.


Seramai 161 orang rakyat miskin menerima setiap seorang RM600 berbanding tahun lalu sebanyak RM400 untuk menyambut Hariraya Aidilfitri.

Ia adalah hasil keuntungan Ladang Rakyat Sungai Segar seluas lebih 1,000 ekar yang dimajukan dengan tanaman Kelapa Sawit sejak 22 tahun lalu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, pembukaan ladang rakyat di DUN Kubu Gajah akan membantu meningkatkan lagi pendapatan penduduk terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Selain projek Ladang Rakyat PKPNPK, Kerajaan Negeri juga memajukan tanah yang berkonsepkan ladang oleh agensi Kerajaan yang lain.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut menambah, untuk seluruh Parliumen Larut, lebih 300 orang penerima yang dipliih bagi menerima keuntungan tanah Ladang Rakyat Sungai Segar iaitu di DUN-DUN Batu Kurau dan Selama.





Beliau berharap penerima duit raya itu akan menggunakannya sebaik mungkin dan tidak bagi tujuan yang tidak mendatangkan faedah kepada keluarga.

2 comments:

Anonymous said...

Bila nak buat ladang rakyat untuk peliharaan lembu dan kambing supaya semua lembu dan kambing ditempatkan (digezetkan) di satu tempat khas dan mereka yang meletakkan lembu mereka di sana akan menerima saham mengikut modal yang dilaburkan.

Jika haiwan peliharaan ini di tempatkan di sana pendapatan kami akan bertambah kerana lembu dan kambing digazetkan di satu tempat khas seperti ayam. Bolehlah kami bercucuk tanam di tanah yang terbiar.

Ada beribu2 ekor lembu di ADUN Kubu Gajah yang tidak berpagar sepatutnya ditempatkan di satu kawasan yang khas.

Bila pelihara ayam masyarakat tahu ia tidak boleh ditempatkan sewenang2nya. Tapi bagi lembu peraturan yang sama tidak digunakan.

Anonymous said...

Ada juga orang kita yang pandai jual saham FGV untuk cari duit raya.

Untuk pengetahuan FELDA Ijok
saya lihat Chai Soy Lin jadi ketua bahagian mainstream FGV.

Semasa saya di JB dulu beliau jadi engineer buat container tapi sekarang jaga kilang gula automatik pula.

Yang orang putih yang baru dilantik menjadi ketua bahagian yang satu lagi pula juga lulus dalam bidang engineering untuk menjaga kilang hasil minyak kelapa sawit. Saya ingat beliau lulus dalam international marketing untuk menjual hasil minyak ke Rusia,Amerika Selatan dan Afrika.

Saya melihat senerio eksekutif FGV yang baru dilantik tidak akan dapat memperluaskan pemasaran dalam jangka pendak. Ini bermakna keuntungan FGV munkin kurang dari KPF