Template by:
Free Blog Templates

19 February 2012

TPM


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap menutup konvensyen UMNO Perak petang ini menyifatkan satu sejarah kerana kehadiran perwakilan begitu ramai.

Seramai 4000 perwakilan hadir dan merupakan sejarah kehadiran sebesar itu dalam sesebuah konvesyen perti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan presiden UMNO menegaskan UMNO Perak semakin matang dan kuat selepas belajar dari pengalaman pilihanraya umum (PRU) yang lalu.

Beliau turut memuji kempipinan kerajaan Perak yang diketuai, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berusaha gigih memajukan negeri.

Tan Sri muhyiddin berharap kekuatan UMNO akan menjadi contoh kepada meningkatkan persediaan menghadapi PRU.

Untuk rekod UMNO bertanding 34 kerusi dewan negeri (DUN) dan menang 27 manakala MCA 1 pada PRU mac 2008.

Terdahulu, Dr Zambry yang juga ketua badan perhubungan UMNO Perak menyatakan persediaan BN Perak menghadapi PRU pada bila-bila masa.

Menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hadazlah yang juga timbalan ketua perhubungan UMNO Perak dan pemimpin-pemimpin BN pusat dan negeri turut hadir.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Munkin UMNO lebih bersedia daripada MIC dan MCA.

Kita belum lagi melihat calon PKR dan DAP di kawasan calon MIC. Mereka munkin menukar strategi.

Kita takut calon India/Melayu DAP/PKR di kawasan MCA dan calon India PKR diletakkan di kawasan calon MIC.

Dan calon PAS yang karismatik dan menarik seperti Siti Aishah diletakkan melawan calon muda dari UMNO di kawasan UMNO yang menang dengan tipis, dll. Nasib baiklah mereka mementingkan calon lelaki.

Jika calon parti PKR berkorban dan dapat dan dapat meletakkan calon yang lebih berkaliber dari ketua Bahagian mereka yang sudah sedia ada di situ munkin mereka juga akan menang di kawasan tersebut.

Anonymous said...

YMDS,

PAS kawasan LMS akan berkempen berhabis2an di LMS dan di Krian untuk menang.

Kemunkinan juga isu peribadi akan dijadikan isu yang amat penting sekali bagi mereka, sebab itu kita mahu calon yang paling bersih di LMS

Kalau MB kita masih melantik calon UMNO yang ada mempunyai isu peribadi, walaupun hanya berdasarkan berita angin sahaja, sudah tentu kaum muda akan mengundi PAS dan PKR di LMS dan Alor Pongsu. Saya dua hari sekali beli racun rumput ke Alor Pongsu dan baja di Bagan Serai untuk mendapatkan berita tsunami ini dari sana.

Anonymous said...

YMDS,

Mereka datang ramai2 (4000) kerana ingin tahu nama calon yang akan bertanding walaupun tidak diberitahu cara terbuka. Ramai juga yang sudah tahu walaupun belum diputuskan.

Orang PAS dan PKR pun sudah ramai yang tahu berita angin nama calon2 yang dikemukakan