Template by:
Free Blog Templates

19 February 2012

MB


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pagi ini melepaskan loceng ingatan bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 pada bila-bila masa diadakan.

Justeru jentera UMNO semua peringkat harus bersedia dari sekarang.

Dr Zambry yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) bagaimanapun mengingatkan pentingnya perpaduan parti diutamakan.

Menteri Besar berkata demikian dalam ucapan dasar di konvensyen UMNO Perak di dewan Jubli Kuala Kangsar pagi ini.

Jadikan pengalan pahit BN tidak dapat menubuhkan Kerajaan di Perak pada PRU yang lepas sebagai peringatan agar peristiwa pahit itu tidak berulang.

Musuh-musuh UMNO senyum dan bertepuk tangan jika parti berpecah dan jika dibiarkan berlarutan mereka akan mengambil kesempatan.

Dr Zambry turut menghargai peranan, sokongan dan kerjasama ketua-ketua UMNO cawangan diperingkat akar umbi.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Perpaduan parti susah hendak diatasi kerana jika calon mereka tidak terpilih mereka bentuk team baru.

Ramai orang UMNO tak faham. Calon yang mereka pilih dalam mesyuarat Agong UMNO tidak smestinya disukai rakyat dalam sesuatu kawasan, termasuklah mereka yang atas pagar.

PR 13 kali ini tidak sama seperti kehendak rakyat semasa PR 12.

Saya sudah pergi banyak tempat tapi masih ramai mahu melihat siapa calon mereka.

MB hendaklah beritahu tentang pengorbanan untuk parti lebih penting, bukan kepentingan individu.

Kadang2 calon tak begitu dipersalahkan tapi pengikutnya/kroninya yang naik satu macam kerana takut peluang mereka berakhir di situ sahaja.

Anonymous said...

YMDS,

Saya perhatikan salah satu kriteria MB untuk pemilihan pangkat ialah dengan melihat pengundi yang ramai mengundi calon.

Kalau yang demikian masih menjadi pegangan beliau, MIC hanya layak betanding di Buntong. Tapi MB masih pilih ramai calon MIC.

Saya takut kita gulung tikar di kawasn MIC kali ini.

Katakanlah PKR mencalonkan PHD, lawyer atau doktor di situ sudah tentu MIC akan kalah kalau kita tidak mencalonkan calon MIC yang terbilang di situ. Orang india selalu suka lawyer. Entah apa sebabnya tak tahulah. Ramai kawan saya orang India jadi lawyer. Cuba cari mereka kalau nama yang diberikan hanya mereka yang datang mesyuarat agong sahaja. Beri dua tiga pendapat kemudian hilang begitu sahaja. Mesyuarat akan datang dia datang lagi. Buat sebok dan cakap dua tiga patah dalam mesyuarat dia hilang lagi besoknya. Adakah kita mahu pemimpin begini?

Dia bercakap kerana hanya nak memenuhi kursi jawatan politik cawangan.

Lepas itu dapatlah bintang kehormat yang terendah sekali kerana jawatan yang dipegangnya semata2 menghadiri mesyuarat.

Siapa yang miskin pun dia tidak tahu dan terpaksa tanya kawan barulah dia tahu. YMDS masuklah MIC Malaya Estet cuba tengok apa yang saya kata.