Template by:
Free Blog Templates

26 February 2012

Kerjasama













Agensi Kerajaan yang berjanji memberi pampasan keatas tanah milik individu yang terlibat dengan mana-mana projek Kerajaan diharap menunaikan janji mereka.

Projek telah siap tetapi ganti rugi sepertimana yang dijanjikan tidak ditunaikan.

Saya berkata demikian dimajlis dialog sempena perjumpaan bersama dan kenduri rakyat di kampung Bendang Luas dekat Ijok pagi tadi.

Ada penduduk yang masih membangkitkan maslah ganti rugi yang belum selesai ekoran projek jalan di kampung Teras.

Jika benar seperti yang didakwa penduduk berkenaan, saya berharap agensi terbabit segera berbuat demikian bagi mempastikan tidak ada rakyat yang teraniaya.

Saya juga minta kerjasama penduduk agar memberi kebenaran jika tanah mereka perlu diambil untuk sesuatu projek pembangunan.

Ada penduduk mengkritik kerajaan kerana lewat melaksanakan projek, tetapi pada masa yang sama mereka sendiri enggan bekerjasama bila tanah mereka perlu diambil.

Sikap hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengutamakan kepentingan pembangunan harus dikikis jika rakyat mahu hidup sejahtera dan melihat pembangunan berjalan lancar.

Kenduri kampung itu dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim dan perpaduan penduduk selain membolehkan pemimpin bertemu rakyat bagi mendengar masalah.

Ketua-ketua kampung dan cawangan UMNO termasuk pemuda dan wanita turut hadir.

Penduduk-penduduk tanpa mengira kefahaman dan ideologi turut hadir.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pampasan (duit) lebih baik digantikan dengan memberi tanah seluas tanah yang diambil oleh kerajaan/agensi kerajan.

Kalau kita berikan duit sebagai pampasan akirnaya apa pun tak nampak kepunyaan mereka yang melupuskan tanah untuk dimajukan kerajaan.

Anonymous said...

YMDS,

Mereka bukan tak memberi kerjasama tapi 'raja tanah' menulis surat mengikut alamat apa yang terdaftar di borang bayaran cukai.

Macam keluarga YMDS ada di Matang Gerdu, Taiping, Ipoh, P.Pinang,Kuala Lumpur dll. Kalau dihantar ke Lembah Keluang dan Tebing Tinggi bagaimana mereka dapat bekerjasama?

Anonymous said...

YMDS,

PR 13 hampir tiba. YMDS harus melawat 13 kampung/cawangan satu demi satu.

Lawatan jemputan bolehlah dilakukan sebagai acara tambahan.

Program 'walkingaroud' perlu dilakukan tanpa jemputan.

Kalau YMDS hanya respon kepada jemputan munkin YMDS hanya menjalin siratulrahim dengan mereka yang kaki ampu.

Saya juga ahli UMNO tapi tidak kaki ampu bagaimana YMDS mengatasi mereka yang bukan dalam kumpulan elit UMNO dan yang kaki ampu?

Saya ingat ramai orang dahulunya ahli UMNO menjadi kumpulan atas pagar kerana YMDS hanya melawat mereka yang menghantar jemputan atau kaki ampu. Jika UMNO kalah mereka tak jumpa YMDS lagi atau pun tak kerja kuat lagi untuk UMNO.

Anonymous said...

YMDS,

PRU 13 hampir tiba. Boleh tidak YMDS syorkan bakal mereka yang hendak menjadi calon hendaklah mengisiharkan harta ke SPRM.

Ramai orang kita menjana pendapatan lebih 40 ribu sebulan (ada juga yang mempunyai kelapa sawit sahaja) tapi tak boleh beli rumah bernilai berjuta2

Inilah isu yang perlu diatasi sebelum pilihanraya. YB Maximus Ongkili munkin terlupa hal ini.