Pemberian lot-lot rumah termasuk kepada bekas Tentera dan Polis oleh Kerajaan Perak dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuktikan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu golongan tersebut.
Perak adalah Negeri pertama di Malaysia yang berbuat demikian sebagai mengenang jasa dan pengorbanan bekas anggota Pasukan Keselamatan itu.
Begitupun, dalam usaha murni Kerajaan Perak untuk membantu bekas Tentera dan Polis, janganlah pula ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menyebarkan isu yang boleh mengeruhkan keadaan seolah-olah ia hanya setakat pengumuman, tetapi tidak ada tindakan.
Menteri Besar baru-baru ini telahpun mengumumkan usaha Kerajaan Perak menyediakan lebih kurang 7,000 lot tapak rumah bagi bekas tentera dan polis dan Ia sekarang di peringkat proses.
Saya berkata demikian di majlis penyampaian BR1M peringkat Kampung Batu 20 dalam DUN Kubu Gajah di Dewan Orangramai Jelai yang terletak dalam mukim di Batu Kurau.
Diantara penerima itu ialah masyarakat orang Siam yang telah sekian lama tinggal di situ.
Saya juga mengumumkan bahawa Jawatankuasa Tanah Daerah Kecil Selama juga telah mengenalpasti satu tapak untuk dijadikan Rancangan Perkampungan Tersusun 1 Malaysia di DUN Kubu Gajah.
Ia kini sedang menunggu kelulusan daripada Kerajaan Negeri bagi dilaksanakan untuk penduduk yang tidak memiliki tapak rumah.
Pada masa ini, terdapat beberapa proje Kampung Tersusun yang telah dilaksanakan di DUN Kubu Gajah iaitu di Redang Panjang dan Kubu Gajah.
Mengenai BR1M, bagi mereka yang gagal diminta agar segera mengisi borang rayuan yang boleh diperoleh di Pejabat Daerah.
Saya juga telah meminta semua Ketua Kampung membantu mendapatkan borang bagi mereka yang ingin membuat rayuan tersebut.
8 comments:
YMDS,
Tentukan lot kampung tersusun hendaklah diberikan geran setelah mereka membina rumah kekal di situ,
Jika mereka menjual tanah tersebut kenakan cukai setem maksimum dan tentukan pindahmilik hanya bagi keturunan yang menerima tanah.
Begitu juga pemberian tanah. Buat macam Sarawak. Cepat2 mereka buat rumah untuk mendapatkan geran. Tak kiralah askar atau polis. Mereka manusia juga.
Cuba YMDS lihat ramai yang dapat untung atas angin kerana menjual tapak rumah kampung tersusun.
Cuba YMDS tanya tanah kampung tersusun Jin Samsuddin di Bukit Jana. Berapa ribu dia jual. Rumahnya di KL lagi besar.
Saya puji exco pelancongan kita membina rumahnya di kampung tersusun dan seterusnya berhabis-habisan untuk membangunkan Batu Gajah walaupun tempat DAP.
Kalau YMDS buat macam beliau untuk membangunkan Kampung Tengah Tebing Tinggi alangkah baiknya.
Saya lihat MB dan Exco pelancongan memang bijak orangnya, mereka mengutamakan kampung sendiri.
Boleh tidak lot askar dan polis diberikan di kawasan bandar yang besar2 di Perak untuk menjaga keselamatan bandar tersebut dan dapat membantu MCA menang di situ.
Kalau orang Melayu tak tolong susahlah MCA dan MIC hendak menang.
Saya sangat gembira jika kampung tersusun diberikan di kawasan MIC dan MCA kalah terutama sekali IPOH TIMOR, juga macam Batu Gajah dll.
YMDS,
Kalau kita betul2 rajin di kampung BR1M dan saham 1M tidak penting.
Saya telah cuba jika bekerja ambil upah 7 hari seminggu cuti hanya semasa kenduri senang2 dapat 3000 ribu sebulan.
Kecualilah kita tipu pendapatan kita.
Tapi jika kita kerja habis minyak motor sikal dan top-up baru nak kerja susahlah sedikit.
Saya takut orang jadi malas bila dapat banyak bantuan.
Buat apa kerja hingga dapat 3 ribu nanti saya tak dapat saham 1M? Pemikiran beginilah yang kita takuti.
Sembang politik tiap2 hari kedai kopi pun dapat 500 ringgit.
Semua kawan2 saya kaki sembang kedai kopi dan asyik makan kedai kopi dapat 500 ringgit. Mereka ini betul2kah miskin kalau tiap2 hari makan kedai kopi? Saya kenal mereka yang sentiasa makan kedai kopi waktu pagi. petang dan tengah hari kerana saya pun ada makan di situ.
YMDS,
Saya lihat orang Siam lebih rajin dari Melayu.
Kalau mereka ambil upah meracun waktu pagi dan mengambil buah setelah tengah hari, senang2 mereka boleh dapat 3000 ribu esbulan.
Tapi kalau asyik sembang politik 300 ringgit pun susah kecuali ada tanah sendiri.
Orang asyik berpolitik, cucuk sana cucuk sini. hidup berpukl2 dan mengemukakan/mengundi pemimpin mereka yang tiada pencapaian (tanah mereka pun jadi hutan) yang akan menjadi miskin atau sepanjang masa cari peluang dari kerajaan (termasuklah tapak kampung tersusun).
Kesimpulannya, saya takut orang rajin tak dapat bantuan, orang malas asik sembang politik yang banyak dapat bantuan. Sebab itu saya mahu YMDS turun padang lihat sendiri bukan dengar cakap JKKK. LIHAT SENDIRI bukan DENGAR sahaja barulah YMDS tahu keliling rumah YMDS di Tebing Tinggi banyak kera dan ular tedung.
Kalau dengar cakap JKKK depan rumah Razali Yusup Tongek pun kerajaan nak buat jalan baru walhal jalan FELCRA begitu main baiknya.
YMDS,
Jika ada hendak beri tanah kerajaan janganlah berikan kepada orang luar kerana belum pun dapat geran tanah tersebut sudah pun dijual,
Sebagai contoh cuba YMDS lihat tanah belakang kubur Tebing Tinggi. Ramai dah jual. Yang sebenarnya ayah pemohon, isteri mereka atau anak mereka sudah pun ada tanah sebab itu mereka jual. Yang tiada tanah hanyalah pemohon yang berkenaan. Isteri 'SO' Selama pun dapat tanah pada masa itu. Bini pun dua. Kalau bini dua saya anggap mereka itu adalah kumpulan yang kaya.
Sebelum pilihanraya ini YMDS hendaklah membuat kertaskerja/kerja rumah tentang siapa orang UMNO yang menjual tanah sejak Datuk Hussein jadi YB kerana inilah tomahan pembangkang yang hendak kita bersihkan sebelum PR 13
YMDS,
Modus Operandi kenapa orang tertentu dapat banyak tanah kurnia ialah disebabkan tanah kurnia diproxikan (atas nama kaum keluarga pemohon) atau pun mereka membeli balik tanah tersebut daripada rakyat yang bodoh2 dengan harga yang amat murah dengan membuat perjanjian sahaja.
Perkara ini terjadi sangat berleluasa. Semua orang tahu, tapi mereka pun buat bodoh-bodoh kerana mereka ingat jika mereka ada peluang, mereka sendiri pun buat kerja yang sama juga. Kucinglah nampak panggang ikan.
Perkara ini berlaku bukan hanya tentang pemberian tanah. Begitu juga tentang saham atau pemberian binatang ternakan. Takkankah ada penternak FELDA yang mempunyai sehingga 400 ekor lembu.
Orang Melayu yang terkaya di Malaysia kerana beliau sendiri yang memulakan menternak lembu.
Bayangkan kalau tiga ribu seekor. Income tax pun tak payah bayar.
YMDS,
Modus Operandi untuk mendapatkan tanah kurnia ialah dengan menjual tanah mereka dan seterusnya memohon tanah kurnia.
Ada juga orang PAS Bagan Serai mengajar saya nak menipu tentang pembelian saham 5000 ringgit.
Kalau saya ada saham ASB lebih 10,000 mereka suruh saya masukkan saham tersebut ke simpanan anak saya yang belum kahwin dan seterusnya memohon saham 1M.
Yang saya sedih sekali ialah bila mereka lihat saya terus mereka mengagak saya ada lebih 10 ribu simpanan ASB. Begitu juga di kampung, saya ada 4 lot tanah tiap2 satu lebih kurang seekar luasnya kerana yang lain berkongsi drngan 3 orang yang lain mereka menuduh saya orang kaya. Jadi kalau nak minta bantuan apa2 sampai bila pun tak dapat. Walhal yang menuduh itu asyik menjual tanah atau dapat bantuan sana sini. Sebab itu saya mahu YM turun padang tengok sendiri bukan tanya ketua kampung. Kalau tanya ketua kampung semuanya kata saya kaya.
Beginilah masyarakat kita YMDS.
YMDS,
Ramai yang katakan mereka tiada tapak tanah tapi apabila diberikan tapak tanah mereka tak bina pun rumah di situ.
Sebelum memberi tanah kampung tersusun kerajaan hendaklah mencari strategi supaya keadaan sedemikian tidak diulang lagi.
Sepatutnya bila mereka tidak bina rumah di situ kerajaan ambilah balik tanah tersebut.
Sepekara lagi ialah mereka yang ada tanah akan menjual tanah mereka atau membuat pindah milik sebelum program ini dimulakan supaya mereka dapat tanah kampung tersusun.
Kampung tersusun hendaklah diberikan kepada mereka yang ada bukti untuk membina rumah mereka di situ.
Pada zaman dulu kampung tersusun bertujuan mengumpul masyarakat supaya mendapat kemudahan awam yang disediakan. Tak kiralah mereka ada tanah atau tidak asalkan mereka mahu pindah. Tapi sampai sekarag pun ada yang tak pindah. Sepatutnya tanah tersebut hendaklah dikembalikan. Tapi politik punya pasal kerajaan tidak berani mengambil balik tanah tersebut.
Kalau diberikan kepada mereka yang betul2 mahu buat rumah, Kubu Gajah dll tidak akan sunyi dan akan menjadi bandar seperti yang diharapkan MB kita. Kita ada rancangan tapi tidak ada penguat kuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka yang pembohong.
Inilah kelemahan kerajaan kerana program tidak sampai kesasaranya.
Bagi kami yang ada tanah berkongsi sampai bila pun tidak dapat tanah kampung tersusun.
Saya mohon kerajaan cuba ambil alih kerja pecah bahagian supaya harganya lebih murah kalau tidak macam saya ni sampai bila pun tak boleh buat rumah kekal. Kampung tersusun pun tak pass. Buat rumah pun tak boleh nanti cucu yang berkongsi bertukar fikiran tentang kedudukan rumah. Perkara ini sudah terjadi kepada saya. Sebab itu saya tak buat rumah yang lebih selesa.
YMDS,
Saya lihat gambar2 yang dimuatkan dalam blok YMDS hampir semuanya orang tua2.
Yang saya takut orang tua undi UMNO tapi orang muda undi parti pembangkang.
Kaum muda suka dengar isu sensasi atau kerja apa yang mereka boleh dapat.
Mereka tidak mahu dengar tentang pembangunan. Mereka mahu dengar tentang penyelewengan dan yang berkaitan dengannya
Sebab itu mereka suka dengar kempen/rapat PASS/PKR kerana menyeronokan dan seterusnya mengundi pembangkang.
Kalau YMDS dapat mengemukakan isu tentang kelemahan pemimpin PAS setempat barulah kaum muda akan mengundi BN. Atau pun bagi pekerjaan kapada mereka di mana YMDS menjadi pengarahnya.
Kesilapan YMDS ialah tidak menempatkan orang LMS yang cemerlang dalam syarikat di mana YMDS jadi pengarahnya supaya beliau dapat membntu rakyat LMS mendapat pekerjaan.
Saya sangat gembira kerana ada Datuk Selama yang memberi pekerjaan sekuriti kepada semua orang Selama yang hendak bekerja dengannya dengan hanya mengatakan kepada beliau yang pemohon tersebut adalah orang Selama. Tahniahlah kalau ada orang Selama yang sedemikian rupa.
YMDS mesti ada strategi untuk membantu kaum muda. Yang penting eksekutif yang berkaitan dengan sumber manusia hendaklah YMDS lantik orang dari kawasan ADUN Selama.
Kelemahan YMDS ialah kerana tidak ada data base orang ADUN Kubu Gajah yang ternama, terbilang gemilang untuk diketengahkan di syarikat YMDS atau pun di SLC/GCE untuk memberi pekerjaan kepada kaum muda ADUN Kubu Gajah.
Jika kita ada universiti nanti YMDS hendaklah menentukan jawatan sumber manusia dipegang oleh rakyat ADUN Kubu Gajah. Kita takut kita ada macam2 di Pondok Tanjung tapi eksekutifnya semua orang luar.
Jika yang mulia lantik orang seperti Dr. Sahar Azni (ada juga kursus yang diikutinya tentang Veriner) dari UNISEL jadi pengarahnya sudah tentu ramai lagi orang Kubu Gajah dapat bekerja di situ
Post a Comment