Template by:
Free Blog Templates

9 February 2012

Dewan






Hasrat peneroka rancangan tabah belia khas (RTBK) pondok Tanjung dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, memiliki dewan serbaguna akhirnya tercapai juga.

Dewan bernilai rm 150,000 itu lengkap dengan gelanggang badminton telah siap dibina.

Saya membuat lawatan meninjau pembinaan tersebut bagi mempastikan perlaksanaannya mengikut jadual dan speksifikasi yang ditetapkan.

Turut hadir ketua kampung RTBK, Ismail Hashim yang juga berpuas hati dengan perlaksanaan dewan tersebut.

Dewan tersebut selain memberi kemudahan sukan dalam dewan seperti badminton juga boleh dijadikan tempat perjumpaan dan kenduri kahwin.

Pada masa ini kemudahan lain yang terdapat di RTBK ialah sebuah dewan orang ramai dan sebuah gelanggang futsal.

Dewan serbaguna seperti di RTBK itu juga terdapat tiap-tiap sebuah iaitu di Batu 7 di Dun Selama dan di Pantai Besar dalam Dun Batu Kurau.

Begitupun, dewan serbaguna yang telah dibina didalam parlimen Larut bagi kemudahan orang ramai menggunakannya.

Jika negara ketandusan bakat-bakat baru sukan badminton diharap dewan serbaguna ini dapat membantu mencungkilkan bakat-bakat baru yang berpotensi.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Semasa saya aktif dalam sukan dahulu sekolah rendah sama sekolah rendah pun lawan bola. Begitu juga estet dengan estet.

Kalaulah dewan begini kita adakan lawan badmintan dll, estet sama estet dan 13 kampung lawan sama sendiri dan begitu juga cawanagan 13 UMNO lawan (termasuk lawan berpidato, musabakah, latihan pompang dll) sama mereka sudah tentu dewan ini menguntungkan. Kalau tidak dewan akan menjadi gajah putih. JKKK hendaklah merancang kegiatan yang menguntungkan. Sepatutnya setiap kampung ada pasukan kompagnya sendiri, pasukan berjanji dll Bila masa kenduri kahwin dapatlah mereka bantuan serba sikit.

Tapi susah juga kerana belia kita asyik ingat motosikal dan kereta second-hand sahaja. Macam mana nak main badmintan dan bersilat. Good byelah nampaknya. Yang paling berjaya dewan ini digunakan untuk kenduri kahwin.

Tapi keadaan sekarang belia mahu motosikal dan top-up. Ramai mereka mahu membuat kerja untuk membeli minyak motosikal, makan/lepak kedai kopi dll. Akhirnya mereka tiada masa untuk bersukan. Yang pentingnya duit untuk matosikal dan talipon bimbit dan duit mi untuk lepak.

Jika mereka pentingkan kewangan, kawasan kita hendalah mamajukan semua tanah terbiar kerana mereka lebih senang mengutip buah sawit yang terbiar untuk duit minyak dan top-up.

Pengait buah kelapa sawit pun boleh dapat 3 ribu sebulan kalau mereka tidak asyik berpolitik. Kalau sudah kuat berpolitik saya pun asyik minta subsidi kerajaan dan aktif dalam UMNO kerana menunggu peluang sahaja.

Ramai kawan saya ahli UMNO yang tidak asyik berpolitik dapat menjana pendapatan yang lumain juga. Mereka hanya bekerja 6 hari seminggu. Rumah mereka terang hanya waktu malam. Siang asyik cari makan.

Saya syorkan semua tanah reserve kerajaan dalam paya hendaklah dibina dengan parit dan tanah tidak berpaya hendaklah dibina dengan jalan leterite supaya kawasan ini dapat dimajukan untuk pembangunan sosial.Jika tanah ini dimajukan belia kita akan dapat menambah pendapatan dari segi pekerjaan untuk membeli kerita pula setelah mator-sikal

Anonymous said...

YMDS,

Cuba YMDS turun padang waktu malam untuk bertanya belia kita yang melepak di kedai kopi dan tepi jalan seperti di perhentian bas Pondok Tanjung, tepi sungai Tebing Tinggi, kedai kopi yang ada skrin. Tanya mereka kenapa tidak bermain badminton dll?

Anonymous said...

YMDS,

Sekarang semankin ramai pencuri. Boleh dikatakan tiap2 minggu hendak menjual racun rumpai kepada saya. Ramai antara mereka yang masuk ke kawasan rumah macam orang sesat.

Bila kita tanya mereka pura2 talipon kawan bertanya sama ada parit yang hendak dikorek di bina dikawasan di mana ia terdapat merayap-rayap.

Repot polis pun tak guna. Polis hanya mahu bukti yang kokoh misalnya barang yang dicuri masih ada dalam tangan. Bila mereka jumpa kita, mereka campak benda yang dipegang.

Kalau pencuri ini disuruh main badminton adakah mereka mahu?