Template by:
Free Blog Templates

18 February 2012

Aman kampus




















Pelajar Universiti harus digalak dan sentiasa mendamping Masyarakat bagi memupuk semangat bersedia berganding bahu membantu membangunkan Negara.

Pelajar Universiti yang terdedah dan terjebak dengan aktiviti yang tidak menguntungkan bukan sahaja menjatuhkan moral mereka, tetapi imej Pelajar Universiti pada keseluruhannya.

Peranan Pelajar Universiti penting dalam membantu mengubah masa depan masyarakat dan Negara memerlukan lebihr ramai pelajar yang bersedia berbuat demikian.

Saya berkata demikian ketika menyambut ketibaan rombongan pelajar Universiti dalam satu program singgah ke Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Annuar Ariffin dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung Mukim Ijok.

Seramai 160 orang pelajar dari 20 buah Universiti tiba dengan empat buah bas dan Pegawai yang menjelajah ke seluruh Negara selama 14 hari.

Mereka tiba dari Jeli di Kelantan dan bermalam di Ijok sebelum berlepas ke distinasi seterusnya.

Program itu dianjurkan oleh Aspirasi Aman Kampus yang diketuai oleh Shahar Abdullah bertujuan menyatakan sokongan penuh mereka kepada pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Saya turut mengingatkan mereka agar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti demonstrasi sebaliknya mereka menumpukan kepada program mendamping masyarakat.

Saya juga turut mengingatkan mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka yang hanya ingin menimbulkan huru-hara di Negara ini.

Masyarakat menolak sebarang bentuk mereka yang ingin merobohkan keamanan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Saya turut menyatakan hasrat agar sebuah kampus Universiti di wujudkan di projek Pusat Veterina Nasional di Ladang Sungai Segar dekat Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung seluas kira-kira 3,000 ekar.

Pada masa ini, projek membiak kambing Bore Negara sedang dijalankan di situ dibawah Pembangunan Wilayah Koridor Utara.

Pelajar-Pelajar yang itu kemudian dihiburkan dalam satu persembahan Pentas oleh serombongan Artis dari Kementerian Penerangan di perkarangan Pejabat Penghulu mukim Ijok.

2 comments:

Anonymous said...

Pada tahun 1978 saya suruh pelajar universiti mendampingi masyarakat dengan memasuki UMNO tapi borang2 mereka hilang dalam simpanan ketua cawangan (di salah sebuah cawangan yang tiada mempunyai kepentingan).

Kemudian saya teringat dengan apa kata Tun Dr. Mahathir semasa dalam forum Majlis Perbandaran Ipoh.

Mereka yang kerkelulusan tinggi tidak diberikan masuk UMNO.

Bila sampai hendak cari Menteri Besar Selangor kerajaan amat susah hendak memilihnya.

Saya pun sudah takut MB kita tidak mahu ambil calon 'helikopter'.

Perkara ini penting, jika tidak ada calon yang dikemukakan mempunyai ketokohan untuk menjadi MB UMNO munkin kalah di 7 kursi.

Adakah MB kita takut kedudukannya tergugat jika kita import mereka orang UMNO yang terbilang jadi calon Perak seperti pegawai tinggi JPA, setiausaha Menteri Kebudayaan dari KL dan ramai lagi profesor2 dan orang kuat UMNO luar Negara datang dari ADUN Kita.

Saya tahu misalnya pelajar kita dari Kubu Gajah di Mebourne 6 tahun di sana asyik sentiasa melobi pelajar untuk menentukan siapa yang boleh jadi ketua UMNO mewakili Melbourne walaupu beliau sendiri tidak mahu makan keliling.

Anonymous said...

YMDS,

Kita takut bila YMDS nasihat mereka supaya jangan berdemostrasi YMDS hanya macam memberi khutbah... maksud saya salah sasaran. Yang saya tahu mereka yang dihantarkan itu bukannya kaki demonstrasi. Kaki demostrasi tiada dalam kumpulan itu. Yang saya tahulah.

Khutbah Jumaat suruh orang sembahyang pergi sembahyang tapi bukan kepada mereka yang tidak sembahyang, kaki lepak, misalannya.