Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry menegaskan bahawa beliau mahukan setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan harus ada perancangan yang membawa kepada pembangunan menyeluruh.
Dengan cara itu,program pembangunan akan berkembang pesat di seluruh Perak.
Menteri Besar menegaskan bahawa beliau tidak mahu kemajuan Perak hanya tertumpu pada Lembah Kinta khususnya Ipoh.
Dr Zambry berkata demikian di majlis pecah tanah projek pembinaan jalan Anak Kurau ke Kemunting pagi tadi.
Turut hadir ahli dewan undangan (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar merangkap ketua UMNO bahagian Larut, Timbalan Menteri Perladangan dan kokodities, Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut, Adun Batu Kurau, Datuk Kapt (B) Najmuddin Elias dan Adun Selama, Datuk Daud Yusop.
Projek jalan anak Kurau-Kemunting itu juga diharap menjadi pembukaan kawasan Kamunting-Batu Kurau Raya.
Menteri Besar mengarahkan anggota exco Kerajaan, Datuk Zahir Khalid yang bertanggungjawab projek tersebut agar bertindak segera dalam membuat perancangan awal.
Projek jalan anak Kurau-Kemunting yang membabitkan kos rm 72 juta dengan sepanjang 11.2 kilometer.
Fasa pertama bermula dari anak Kurau sepanjang 2.5 kilometer yang melibatkan rm 8.5 juta dijadualkan siap tahun depan.
Dr. Zambry juga menegaskan bahawa Kerajaan BN bukan hanya setakat mengerek dan pecah tanah sesuatu projek. Tetapi melaksanakannya seperti program di anak Kurau yang telahpun dimulakan oleh kontrektor yang dilantik.
Terdahulu, ketika berucap saya menjelaskan bahawa projek jalan anak Kurau-kamunting dimohon sejak beberapa tahun yang lalu termasuk ketika saya menjadi ahli Parlimen Larut.
6 February 2012
Jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS,
Saya lihat projek ini akan melambatkan projek Lebuhraya Jelapang-Selama seperti jalan Bukit Merah ke Matang Pasir yang melambatkan pembinaan jalan susur keluar Matang Pasir yang dujanjikan semasa pilihanraya Hulu Selangor.
Projek Aman Jaya juga akan memajukan BRIAH.
Jika dibandingkan dengan daerah AMANJAYA yang lain Briahlah yang paling terbantut pembangunannya kemunkinan YB kita dikawasan ini kurang disegani oleh MB atau pun munkin tiada 'kelulusan tinggi' agaknya.
Munkin MB kita tidak tahu dua lapangan terbang di Florida dibina di kawasan paya seperti yang terdapat di BRIAH malahan lebih dalam lagi payanya daripada yang terdapat di Florida.
Kerajaan Perak masih mengkaji tentang kemampuan pembinaan lapangan terbang di Briah.
Saya takut macam Pulau Pinang dahulu yang dipolitikkan supaya kekal di Bayan Lepas (Tak jadi di Selatan Seberang Perai).
YMDS,
Sepatutnya IPOH harus dibina oleh Datuk bandar wang berwibawa dan berkebolehan mencari cukai. Mesti trouble shooter supaya dapat mengutip cukai pintu 100%, bukan yang takut-takut untuk mengambil tindakan tegas.
Saya berharap jika YMDS pencen jadilah Datuk Bandar Ipoh kerana saya melihat YMDS lebih berjaya untuk membangunkan Ipoh dari Kubu Gajah. Tempat pertanian ini susah sedikit YMDS.
YMDS,
Bayangkan jika jalan ini siap terlebih dahulu daripada LR Jelapang Selama bagaimana kerajaan hendak membina susur keluar Anak Kurau dari lebuh raya. Ia akan menjadi seperti Matang Pasir Lebuh raya Utara Selatan dan susur keluar yang hendak dibina di sana. Projek macam buka katup-buka katuplah. Rugi lagi 5 juta.
Kalau 5 juta buat jalan leterite keliling (di tanah reserve kerajaan) lot-lot tanah terbiar di keliling rumah YMDS di Tebing Tinggi (selang dua lot) rakyat akan memberi pulangan cukai yang sama dalam 10 tahun termasuklah cukai hasil tani (termasuklah bela burung layang2).
YMDS,
Saya rasa pembangunan yang kecil2 di tempat kita masih banyak bertujuan politik (sosial) tapi tidak melihat tentang pengumpulan cukai.
Alangkah baiknya jika KPI wakil rakyat diukur daripada unjuran kenaikan cukai yang dikumpulkan. Begitu juga DO kita.
Saya banyak kali mensyorkan Saham Amanah Tanah Terbiar ditubuhkan. Kerajaan yang memajukannya dan keuntungan disimpan sebagai amanah hingga warisnya datang menuntut cara bersumpah. Jika tuan tanah marah katakan pada mereka tanah mereka telah menjadi sarang babi, ular dll dan mendapat bantahan orang kampung dan hendak dilelong tapi tuannya tidak hadir.
Post a Comment