Rakyat harus menolak sebaranf bentuk fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan perpaduan masyarakat.
Penabur fitnah pula diingatkan bahawa masyarakat tidak semudah diperdaya dengan fitnah yang mereka tabur.
Perbuatan menyebar fitnah bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi turut dibenci masyarakat.
Saya berkata demikian di perasmian majlis penyampaian BR1M peringkat dewan negeri (DUN) Kubu Gajah,pagi tadi.
Lebih 400 orang menerima bantuan tersebut yang diadakan di dewan majlis daerah Bagan Bahru.
Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan pengerusi persatuan ketua-ketua kampung Parlimen Larut, Haji Shulur Haji Jaman.
Saya juga mengiatkan mereka yang gagal mendapatkan BR1M peringkat awal agar jangan terpedaya dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya mereka harus segera mengisi borang rayuan yang boleh diperolehi di pejabat daerah.
Mereka yang kurang jelas mengenai penolakan mendapatkan BR1M perlu merujuk kepada mereka yang berkenaan sahaja bagi menggelakkan salah faham.
20 February 2012
Fitnah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Ramai YB2 kita, bila buat syarahan mereka tidak siapkan isi teks ucapan.
Bagaimana UMNO hendak menolak fitnah? Kalau isi teks ucapan tidak disediakan bagaimana isi teks berfakta hendak dibentangkan dalam ceramah untuk menolak fitnah yang disebarkan dengan luasnya.
Fitnah nombor satu ada orang berpendapat 500 ringgit adalah rasuah. Saya pernah beritahu YMDS jangan beri bantuan dekat pilihan raya untuk mengelakkan fitnah.
Lagi satu fitnah ialah jika ada bantuan orang UMNO yang dapat semuanya.
Kalau YMDS sediakan isi teks syarahan sudah tentu YMDS tahu % jumlah penyokong UMNO yang dapat BR1M dan berapa % PAS dapat BR1M.
Saya lihat PAS yang ramai tapi saya tidak tahu jumlahnya. YMDS mesti ada pegawai penyelidik/perisik dalam UMNO baru buat ucapan.
Kita tak boleh lagi buat syarahan tanpa fakta. Itulah sebabnya kita mahu calon yang intelek/rajin bukan tangan masuk poket semasa berpidato dan tidak pandai menepis fitnah kerana hujah tidak disokong berfakta.
Begitu juga mereka yang dapat tanah kurnia dan seterusnya yang lain2.
Tuduhan kedua ialah yang selalu kita dengar dari DAP yang menuduh hanya ilit BN dan kroninya sahaja yang dapat perkara yang terbaik seperti jawatan, saham dll.
Perkara ini hendaklah YMDS declare semasa membuat syarahan umum.
Sekian, saya harap betul2 YMDS dapat menepis fitnah dengan berfakta.
Orang sekarang bukan ingat dosa.
Cuba lihat berapa orang tipu pendapatan. Cuba borang permohonan terebut disertakan dengan IC bapa dan ibu mereka munkin ramai lagi yang kena tolak, atau pun lihat di pejabat tanah nama mereka yang ada lebih 5 ekar kelapa sawit.
Post a Comment