Template by:
Free Blog Templates

13 February 2012

Rayuan























Mana-mana individu yang permohonan awal BR1M mereka ditolak jangan kecewa sebaliknya segera membuat rayuan.

Mereka boleh mengemukakan rayuan dalam borang khas yang boleh diperolehi di pejabat daerah.

Ketua-ketua kampung juga diminta membantu mana-mana individu untuk membuat rayuan BR1M.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian BR1M kepada 545 orang penerima di dewan serbaguna Sungai Ara dalam dewan negeri (DUN) Kubu Gajah,pagi tadi.

Penolakkan itu mungkin disebabkan kesilapan mengisi borang atau fakta tidak tepat.

Ia bukan disengajakan dan pemohonan yang terbabit jangan cepat kecewa dan berputus asa.

Saya berharap tidak ada mana-mana individu yang menjaja surat penolakkan itu kepada orang lain kerana ia boleh menimbulka kekeliruan.

Saya menegaskan bahawa rakyat negara ini akan terus menikmati pelbagai bantuan selagi Barisan Nasional (BN) memerintah.

Rakyat dinegara ini harus bersatu jika mereka ingin terus menkecapi pembagunan dan kemajuan.

Penghulu mikim Batu Kurau, pegawai KEMAS daerah Larut Matang dan Selama, Faridah Saihan dan ketua-ketua kampung diantara yang turut hadir.

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang banyak salah saya lihat kerana tanggunggan bertindih.

Ada kaitan dengan isi rumah yang mengelirukan.

Biro ekonomi UMNO patut jangan tengok dan lihat sahaja

Tolong mereka isi borang

Begitu juga saham 5000 ringgit.

Anonymous said...

YMDS,

Rakyat bersatu untuk mengecapi bantuan perlu dilihat dari segi pratikaliti bukan retorik jika hendak disatukan.

Kita susah hendak bersatu jika kita berpuak2/bergeng2.

Ada puak yang masih mengagak ketua atau/pemimpin mereka lebih pandai dari yang lain. Kumpulan ini jadi Team A.

Ada pula kumpulan yang hendak memilih pemimpin mereka yang berkelulusan tinggi jadi Team B.

Ada juga kedaerahan jadi team C.

Ada yang hendak mengekalkan calon lama yang tidak dapat membangunkan kawasannya jadi ketua team D

YMDS hendaklah menerangkan ahli UMNO siapa anatra pemimpin mereka yang ada potongan untuk menjadi MB yang sepatutnya dipilih mengikut pendapat Tun Dr. Mahathir semasa ceramahnya di Dewan Bandaraya IPOH.

Saya pernah bertanding masa lampau tapi puak kanan bawa satu bas kaum keluarga mereka. Mana boleh menang kerana saya tidak ada strategi yang demikian. Tapi kami masih bersatu kerana kami mengutamakan yang menang ialah mereka yang banyak dapat mencari ahli UMNO.

Kecemerlangan, gemilang dll tak penting.

Saya pernah memberi nama seorang Profesor yang terkenal menjadi ahli tapi borangnya hilang kata ketua cawangan.

Prof Amir Baharuddin (pakar ekonomi yang mengutarakan Mahathiromics) dari UUM pernah juga saya syorkan jadi ahli UMNO di Batu Kurau tapi beliau takut kerana susah hendak nasihatkan syarikat di Perak kerana di kawal oleh anak orang politik bukan businessmen kerana beliau ingin membangukan ekonomiMelayu negeri Perak

Sampai sekarang saya berpegang kepada mereka yang dapat mengumpul ahli UMNO sepatutnya yang jadi sekurang2nya Jawatankuasa. Masyarakat kita masih pilih yang banyak cakap jadi ketua tapi tidak dapat mencari ahli baru. Sebab itulah saya tidak mahu aktif kerana yang kuat cari ahli diketepikan tapi yang pandai cakap kosong (tiada pembangunan) dipilih.

Untuk mengetasi politik berpuak-puak ini mereka yang hendak jadi pemimpin hendaklah mengukur baju sendiri.

Anonymous said...

YMDS,

Semasa ayahanda YMDS jadi ahli UMNO Tebing Tinggi ada dua puak yang cuba mengulingkan ayahanda YMDS.

Tapi strategi ayahanda YMDS dapat mengatasi mereka.

Seterusnya YMDS dipilih MB untuk jadi calon. Barulah mereka buka mata dan mengaku YMDS adalah saudara mara mereka juga.

Begitulah keadaan di Tebing Tinggi sebelum YMDS jadi ahli

Kumpulan Melayu Deli inilah yang ramai menentang ayahanda YMDS dan yang kedua Melayu banjar yang datang ke Jambi dari Kalimantan Barat naik di Telok Medan diawal kurun 19 melalui Sungai.

Mereka cuba memecahkan Melayu yang sudah tenat, macam Singapura iaitu kepada Jawa, Baewan, Melayu, Bugis dll supaya mereka kekal jadi pemimpin.

Yang sebenarnya Allah juga yang berkuasa.

Anonymous said...

YMDS,

Bila YMDS serah duit BR1M, kita lihat lebih ramai orang PAS yang dapat tapi YMDS tidak buat home-work semasa memberi kata alu2an yang boleh menarik hati mereka yang atas pagar balik mengundi BN.

Kita mesti menyediakan teks yang dapat menarik mereka supaya balik ke pangkuan jalan (dulu UMNO tapi sekarang PAS)

Saya tahu ramai antara mereka yang tidak sukakan pemimpin yang lain dalam UMNO tapi sebab nilai setitik semua mereka bencikan UMNO, tetapi tidak bencikan YMDS.

YMDS hendaklah mengenalpasti mereka yang sukakan YMDS tapi tidak suka segelintir pemimpin atasan yang lain.

Misalnya Ketua wanita UMNO sudah kalah tapi masih jadi Menteri,
Ramai orang India tidak suka Samy Vellu tapi diberikan menjadi special envoy ke India walhal ramai orang India MIC yang lebih baik dari beliau tidak terpilih untuk menjadi spcial envoy, gaji yang tertinggi dari duta yang lain. Chai Soi Lek berlakun di CCTV masih laku lagi. Cuba lihat isu Sarawak di PRU 13 nanti.Isu ini akan menambah kursi DAP.

ALASAN YANG DIBERIKAN selalunya parti pembangkang lagi teruk.

UMNO mesti bersih. Jangan peduli orang lain. Jika kita asyik burukkan PAS sampai bila pun mereka tidak mahu masuk UMNO. Bersihkan sahaja UMNO. Tak usah kacau orang lain macam mereka buat UMNO.

Kalau yang kalah dilantik jadi Senator/duta apa akan terjadi kepada penyokong UMNO yaang lain yang ada berkebolehan tidak terpilih jadi senator.

Kita takut orang MIC tak pandai berbahasa Hindi pun dipilih jadi duta ke India. Dan UMNO yang tak pandai cakap Jawa jadi duta ke Jakarta. Dan tak tahu cakap Melayu dialek Bilah/Batak jadi kaunsel di Medan atau jaga hotel Malaysia di Medan. Patut jaga hotel Malaysia di Hadyai kerana beliau pandai cakap Petani. Kalau silap orang kita pilih mereka tambah binilah. Samy kata pun dia nak kahwin.

Sepatutnya bila kita berpegang kepada pencapaian diutamakan, tidak semestinya kita lihat ada degree sahaja tapi apa bahasa dia tahu bila hendak jadi duta atau lain2 kriteria.

Begitu juga senator carilah mereka yang terkenal di dunia (lihat world coverage index sebelum pilih senator)kerana parlimen dan DUN sudah dalam negeri. Kalau terkenal di dunia sudah tentu filem dan lagu kita banyak dalam bahasa Inggeris. Yang lain bahasa Inggeris tak penting kecuali kerja yang berkaitan luar negara.

Sepatutnya UMNO hanya memperjuangkan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, mereka pandai2lah sendiri terutama sekali bagi mereka hendak migrate ke Australia.

Untuk berdagang dengan Indonesia kita mesti tahu cakap Jawa atau Batak, bukan Inggeris. Untuk berdagang dengan India lebih baik tahu bahasa Hindi begitu juga Cina, bahasa Cina lebih baik daripada Bahasa Inggeris.

Pasaran orang yang menggunakan bahasa Arab lebih luas dari pasaran yang tahu berbahasa Inggeris.

France benci Inggeris. Kalau saya cakap Inggeris mereka tidak layan. Kalau cakap Melayu baru mereka layan.

Saya ingat Malaysia sahaja yang tergila2 Bahasa Inggeris. Saya sekolah bahasa Inggeris dari sekolah rendah hingga dapat degree tak gunakan Bahasa Inggeris bila bekerja. Rugi betul duit kerajaan menyekolahkan saya dalam sekolah Inggeris hingga ke U

Kesimpulannya isu Bahasa pun tidak boleh diatasi UMNO hingga sekarang.
Isu kemiskinan slow sangat untuk diatasi kerana kita turun padang tanya orang siapa yang miskin.

Saya duduk tepi jalan pun saya tahu siapa penoreh getah berjalan kaki (yang miskin) dan mengutip buah kelapa dengan menggunakan basikal (yang miskin). Kalau tanya JKKK mereka beri nama saudara mereka yang miskin.

Program baik tapi tidak 100% sampai sasaran kerana turun padang tanya orang bukan lihat dengan mata sendiri.

Anonymous said...

YMDS,

Saya sekarang ini sangat terpengaruh pendapat Tun Dr. Mahathir. Apa sebabnya pun tak tahulah. Munkin sealiran kepala otak kami.

Dulu masa MPI panggil beliau, beliau cerita orang berkelusan tinggi tidak diberikan masuk UMNO hingga susah hendak mencari MB Selangor.

Yang tersirat diotak saya kita mesti mengemukakan nama2 mereka yang ada ketokohan untuk menjadi MB untuk calon yang akan datang.

Baru2 ini beliau tegur pemimpin wanita kita supaya jangan sayang jawatan.

Yang saya persoalan kita ada tiga suku juta ahli UMNO takkanlah tak ada wanita UMNO yang melebihi prestasinya daripada beliau.

Sebab itu UMNO jika hendak disegani oleh orang Cina dan India mestilah melantik ketokohan seperti KJ. Memang team B ramai tak suka KJ tapi orang Cina dan India sangat mengkagumi beliau.

Kesimpulannya, Perak mesti ada data base ranking mengikut kedudukan yang paling gemilang hendaklah disusun dari atas supaya bila kita mesyuarat pembangunan kita tak pilih mereka yang bukan EXPERTS kerana rugi masa kalau bukan expert yang bercakap.

Sebagai contoh di kawasn Adun Kubu Gajah ada EXPERT PWD Professor Jamilah di universiti PWD di Kajang, expert komputer (Human Intelligence)Profesor Datin Shah Rizam dari ITM (Emak kampung Tengah, bapa Batu Kurau) Dr. Sahar Pensyarah Biotech dari UNISEL, Dr. Kamaruddin (OUM) orang yang pertama di Malaysia (munkin juga di Asia) yang lulus dalam bidangnya dan ramai lagi expert yang boleh menolong menasihat pembangunan Negeri Perak tapi YMDS tidak ketengahkan mereka.
Munkin sekarang ini mereka sudah tua tapi otak mereka masih dipakai UNISEL,Uni. INFRUKSTRUR (PWD), ITM, OUM dan lain2. Yang muda pun ramai kalau YMDS hendak ketengahkan mereka.

Terima kasih. Cuba buat kerjarumah untuk mengenal pasti mereka yang gemilang ini.