Template by:
Free Blog Templates

27 February 2012

Kebajikan








Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) disarankan agar mendapatkan pengesahan ketua-ketua kampung dalam memproses permohonan bantuan kebajikan.

Ia bertujuan bagi menggelakkan orang yang sama mendapatkan bantuan dari pelbagai agensi.

Saya berkata demikian selepas mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang negeri (PAC) di SUK, pagi tadi.

Dalam mesyuarat itu, juga dicadangkan agar pengesahan ketua kampung memadai bagi memproses bantuan kebajikan.

Soal penerima bantuan JKM yang dah meninggal dunia ,tetapi waris masih menerima bantuan JKM turut dibangkitkan.

Masalah kelewatan bayaran bantuan JKM yang telah lulus hingga ada yang meninggal dunia juga ditimbulkan oleh jabatan audit.

Mengenai masalah kematian penerima bantuan JKM, pihak jabatan akan bekerjasama dengan jabatan pendaftaran negara untuk mendapat maklumat terkini.

JKM juga kini membayar secara sistem on-line bagi menggelakkan sebarang keraguan.

Di mesyuarat itu juga timbul mengenai kes pengambilan pasir yang mencenar kualiti air.

Penguatkuasa pejabat tanah juga diminta mengambil tindakan tegas keatas pemilik perkhidmatan pasir yang menyebabkan berlaku kerosakan jalan kampung.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bagaimana pula hendak mengelakkan kawasan yang sama dapat semua bantuan.

Seperti Ipoh sahaja yang dapat banyak bantuan

Begitu juga Tebing Tinggi (kampung YMDS) kawasan sekolah sahaja yang dapat banyak pembangunan kerana ramai penduduk.

Manakala kawasan Tebing Tinggi yang lain tidak mendapat batuan. Tempat2 ini berpotensi dapat mengumpul cukai hasil tani yang banyak.

Saya selalu juga mengikuti mesyuarat. Hanya wakil kawasan yang cakap banyak sahaja yang dapat bantuan.

Bagaimana kawasan yang tidak terpilih menjadi ahli JKKK?

Kita banyak memjalankan pembangunan sosial (munkin tujuan politik) tapi tidak banyak membuat pembangunan ekonomi untuk mengumpul cukai bagi pembangunan.

Anonymous said...

YMDS,

Bagaimana pula untuk mengelakkan golongan elit UMNO sahaja yang banyak dapat kedudukan jasamu dikenang?

Ahli UMNO ada tiga suku juta takkanlah OKU (orang kuat UMNO)sahaja yang dapat peruntukan dan kedudukan jasamu dalam kenangan hingga sudah pencen pun dapat macam-macam kedudukan yang berprestij.

Sepatutnya bagilah jawatan seperti pengurusi badan kerajaan, senator, duta, dll kepada ahli UMNO yang lain tapi pencapian mereka juga cemerlang, malah ada yang lebih cemerlang.

Sebagai contoh pengurusi FELCRA atau FELDA. Apa salahnya anak FELDA/FELCRA juga ahli UMNO yang dipilih. Tidak orang yang sama dipilih untuk kedudukan yang berprestij itu.sentit

Anonymous said...

YMDS,

Untuk mengelakkan korupsi kerajaan juga hendaklah memantau belanja seseorang melalui kad kredit mereka untuk mengelakkan seseorang membeli cincin berjuta-juta ringgit banyaknya begitu juga kasut dll. hingga mengalahkan perbelanjaan PM Singapura yang dapat gaji yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan orang lain di Tenggara ASIA.

Bank Negara tahu berapa jumlah rumah kita ada pun boleh dipantau. Begitu juga JPJ boleh memantau siapa yang ada kerita mewah tapi gaji tidak setaraf.

APA YANG SUSAH SANGAT NAK TANGKAP MEREKA?

Dulu tepi rumah saya pun ada ahli majlis yang gajinya lebih rendah dari saya tapi ada 3 kereta mewah.

Saya sentiasa syorkan pengurusi bandan rasuah hendaklah mereka yang cemerlang memantau tidak semesti berkelulusan tinggi asalkan tahu undang2 supay dalam perbicaraan mereka sentiasa menang.

Walaupun Karpal Singh pembangkang, kerajaan boleh meminjam beliau untuk memberentas korupsi Yang lain saya takut bila masuk mahkamah 'sudah tentu' akan kalah
Ini kerja profesional.

Carilah penasihat badan pencegah rasuah yang pandai, tidak semestnya berkelulusan tinggi tapi pandai menaangkap mereka yang korupsi.

Selain itu kerajaan hendaklah juga memantau MISTER TEN PERCENT.

Begitu juga Pengurusi SPR yang tidak dapat mendaftarkan semua yang berumur lebih 21 tahun. Patut ditukar dengan mereka yang lebih cemerlang (KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN).