Template by:
Free Blog Templates

28 February 2012

Kemenangan















Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terbukti mampu membawa kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Dalam tempoh terdekar ini kepimpinan Perdana Menteri amat disenanggi rakyat semua kaum melalui program turun padang dan mendekati rakyat.

Demikian kata timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri,Datuk Ahmad Maslan dalam ceramah perdana anjuran Biro penerangan dan publisiti Barisan Nasional (BN) pusat dan UMNO bahagian peringkat parlimen Larut,malam tadi.

Tutur hadir ketua UMNO bahagian Larut merangkap ahli dewan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di majlis yang diadakan di sekolah agama rakyat felda Ijok.

Kemenangan BN dalam pilihanraya (PRU) ke 13 penting bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Rakyat katanya semakin tertarik dan terpesona cara pendekatan yang dibuat Perdana Menteri yang sentiasa mendahului rakyat.

Datuk Seri amat disenanggi kerana mengutamakan kebajikan rakyat seperti BR1M.

Beliau menolak dakwaan yang mengatakan BR1M itu berupa rasuah kerana ia tidak meminta undi.

Anehnya mereka yang mendakwa BR1M seumpama itu, tetapi mereka yang dahulu isi borang dan beratur di hadapan untuk mengambil duit.

Beliau juga menafikan tanah peneroka akan tergadai dan felda jatuh bankrup jika syarikatnya disenaraikan di bursa saham.

Ahmad juga menolak segala fitnah dan sangkaan buruk terhadap perdana menteri oleh kalangan yang berkepentingan politik peribadi.

Ceramah perdana itu diadakan diseluruh negara bagi memperjelarkan isu-isu politik semasa.

Pada sidang akhbar timbalan memteri sentiasa ceria itu memberitahu setakat awal 2012 ini, lebih 40 siri ceramah diadakan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila saya melihat sejarah DAP menang di kawasan bandar ialah disebabkan isu peribadi dan soal apa yang berkaitan dengan Perlembagaan.

MP Bukit Mertajam pernah mengatakan orang Melayu pun pendatang juga tanpa mengetahui di mana letaknya Gugusan Pulau2 Melayu dan bagaimana perkataan Melayu itu terjadi.

Kertas edaran mereka menunjukkan ada segelintir pemimpin kita yang mengaut macam-macam keuntungn dari kerajaan.

Sebagai contoh keluarga D S Anuar dapat saham IOI semasa beliau jadi UMNO dahulu. Padahal abang Datuk Seri dapat gaji lebih rendah dari saya tapi lihat sahamnya di IOI.

Isu inilah yang dibangkitkan DAP. Cuba YMDS baca isu PR 13 di Sarawak nanti. Kalau tak silap saya, ada ramai bumiputra yang akan membantu DAP kalau peroalan nepotisma tidak di atasi seperti isteri, mentua sepupu dapat dapat semua kontrek, saham, wakil rakyat dan kemudahan2.

Ketua Penerangan UMNO hendaklah juga menerangkan isu yang dibangkitkan Uttayakumar supaya MIC boleh menang. Saya takut yang mengundi MIC hanya orang Melayu dan Cina sahaja kerana pengaruh Uttayakumar sudah sampai ke Kubu Gajah. ..tempat yang begitu jauh dari Brickfield, lubuk kumpulan ini, yang menuduh kerajaan UMNO melakukan 'etnik cleansing'/ 'penghapusan etnik' nampak macam HITLER

Datuk Maslan sepatutnya jangan berpeluk tubuh untuk menerangkan isu ini. Beliau mesti extrovert bukan sentiasa introvert hanya menerangkan untuk UMNO sahaja.

Perkara yang baru timbul sekarang ini ialah isu proxy supaya rasuah tidak dapat dikesan tapi dengan tiba2 jutawan baru setahun jagung jadi jutawan. Bila dia berkelahi dengan bininya barulah kita tahu dia itu adalah proxy.

Kerajaan patut siasat jutawan muda. Walaupun tersalah siasat tapi munkin LHDN dapat menambah pendapatan untuk pembangunan negara.