Template by:
Free Blog Templates

23 February 2012

KEMAS











Negara memerlukan ramai pekerja berkemahiran bagi membantu meningkatkan produktiviti.

Justeru, jangan ada yang menganggapkan bidang tersebut sebagai kelas kedua.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penerangan unit bahagian pendidikan masyarakat (BPM) KEMAS parlimen Larut di Selama, petang tadi.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan dan pegawai KEMAS parlimen Larut, Nordin Abu Hasan.

Pelajar-pelajar dibawah program kemahiran juga mampu mencapai pengalaman yang luas.

Bahkan diantara mereka juga mencapai akademi lebih baik daripada pelajar yang lain.

Peserta kursus giat MARA umpamanya kini semakin cemerlang dalam bidang kemahiran.

Terdapat juga pelajar lepasan pusat giat MARA di bengkel anjuran KEMAS.

Terdahulu kira-kira 100 peserta mendengar penerangan BPM dan hala tuju yang disanpaikan oleh pegawai operasi 11 KEMAS Perak, Ahmad Awang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) munkin tidak berapa setuju IPOH membina bangunan tinggi di kawasan Ipoh.

Sebab itu saya memohon YMDS meminta kerajaan negeri membina lapangan terbang di Briah. Di Manjung juga sudah penuh juga dengan pembangunan.

Kalau kita tak bina perumahan (bangunan tinggi) di Ipoh Timor dan menempatkan askar dan polis di situ sampai bila pun BN tidak dapat menawan tempat tersebut. Hanya mereka sahaja dapat membantu MCA menang di situ. Kalau tidak susahlah mimpi jadi kenyataan.