Template by:
Free Blog Templates

28 February 2012

Peladang











Pertubuhan peladabg kawasan (PPK) Batu Kurau mahu ahli-ahlinya mencebur dan terbabit secara meluas dalam dunia siber.

Peringkat awal PPK Batu Kurau akan membuka sebuah pusat internet peladang di perkarangan bangunannya tidak lama lagi.

Pusat internet itu bertujuan manarik labih ramai remaja menyertai PPK Batu Kurau selain menyediakan kemudahan tersebut dikalangan ahli-ahlinya.

Pekara itu diantara keputusan yang diambil pada mesyuarat bulanan lembaga pengarah Batu Kurau yang dipengerusikan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di bilik gerakannya pagi tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad juga mengumumkan bahawa PPK Batu Kurau akan mengusaha tanaman kelapa sawit di tanahnya seluas 140 ekar di Ijok.

Jika berjaya ia mampu mengeluar hasil yang lumayan kepada pendapatan bulan PPK.

Pada mesyuarat itu juga memutuskan tarikh cadangan 22 unit peladang dibawah naungan PPK Batu Kurau.

Mesyuarat unit itu yang akan bermula pertengahan bulan MAC depan turut mengadakan pemilihan jawatankuasa baru dan percalonan ahli jemaah pengarah (AJP) PPK Batu Kurau.

3 comments:

Anonymous said...

Dato lantik diri dato jadi pengerusi di situ sokmo hidup...

pas tu di mana lembu peladang bela di gudang. durian di bukit chok ijok...dan setang di bukit kelian..

berapa untung dan berapa pendapatan yang Peladang telah dapat?

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat projek tidak berjaya disebabkan salah target. Pilih salah orang untuk mengerjakanya.

Bila ada mesyuarat YMDS hendaklah mendengar cakap mereka yang berjaya bukan mereka yang retorik yang tak pernah berjaya bercucuk tanam atau pun menternak.

Dulu dekat kampung YMDS (S. Malau) mereka berikan peruntukan menanam nangka madu kepada mereka yang retorik.

Sampai sekarang batang pokok nangka madu pun saya tak nampak.

Begitu juga lembu Siam dengan dapat AP untuk kawasan Selama

Kalau YMDS berikan kepada orang seperti Khairi anak Imam Harun ahli JKKK Tebing Tinggi munkin berjaya kerana saya lihat (tidak dengar) beliau betul2 buat kolam ikan, tanam itulah dan tanam inilah, bela kambing, dll

Kalau beri lembu kepada Hj. Saad Kubu Gajah (Kampung Tersusun jalan Taiping) habislah nangka madu Sungai Malau. Beliau ini betul2 malas orangnya. Lepas sembahyang Jumaat saya beritahu dia supaya jaga lembunya baik2. Tapi berlagak sahaja macam orang pandai.

Saya khuatir YMDS orang Tebing Tinggi tapi tidak tahu siapa mereka yang rajin bekerja tak henti2. Turun padanglah lihat sendiri. Cuba lihat Musa depan surau Tebing Tinggi pakai baju bekerja dari pagi hingga ke Petang. Begitu juga Muhammad Kg. Tengah, Rosdi dari Sungai Malau Luar (masuk jalan kubur Hindu depan surau sampai dekat2 kepenghujung). Mereka kerja sampai matahari terbenam, 6 hari seminggu. Saya takut YMDS tolong meraka yang jadi ulat kedai kopi sahaja.

Boss saya dulu tidak menaikkan pangkat kepada mereka yang selalu duduk di bilik rehat dan ke kantin lebih 15 minit.

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap nama bakal calon UMNO YMDS hantarkan untuk PR 13 ini ialah mereka yang mengenal siapa Melayu yang retorik dan siapa mMelayu yang pragmatik dan rajin unuk membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah.

Sebab itu kita mahukan yang menjadi calon ialah mereka yang mahu duduk di kawasan ADUN Kubu Gajah supaya mereka tahu siapa kaki ampu dan siapa yang betul2 rajin bekerja