Template by:
Free Blog Templates

18 February 2012

Najib




Perdana Menteri tiba di Ipoh petang ini dalam rangka lawatan rasmi sehari.

Datuk Seri Mohd Najib yang kelihatan ceria disambut pemimpin UMNO Perak yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di lapangan terbang Sultan Azlan Shah.

Perdana Menteri sujurus tiba dan rombongan kemudian berlepas ke Simpang Pulai bagi merasmikan program RTC.

Projek tersebut dijangka memberi era baru kepada perkembangan pembangunan perlimen Gopeng Khususnya.

Pada sebelah malam, Datuk Seri Najib menghadiri jamuan rakyat anjuran Felcra di seberang Perak dekat Kampung Gajah.

Beberapa orang artis terkemuka tanahair dijemput untuk membuat persembahan di majlis tersebut.

Menteri pertahanan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berasal dari Perak juga turut berada di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah selain setiausaha kerajaan, Datuk Puad Nayan.

Perdana Menteri dijadual pulang ke ibu negara tengah malam ini dari lapangan yang sama.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya nampak Menteri Pertahanan kita lebih perihatin dengan pendapat saya yang Perak hendaklah menentukan calon mereka setelah melihat siapa lawan mereka bertanding, kecuali di kawasan yang selesa dan sudah tentu menang.

MB kita hanya boleh menamakan nama calon di kawasan yang UMNO sudah tentu menang setakat ini, seperti di Pulau Pangkor.

Kita akan gulung tikar kalau kita namakan calon kita lebih awal di kawasan yang kalah dan menang tipis.

Inilah strategi yang terbaik sekali kalau UMNO hendak menawan Perak. PKR pun berbuat demikian. Kenapa UMNO masih ragu2 dengan cadangan saya.

Yang kacau sekali ialah di kawasan calon MIC, MCA dan 7 kawasan yang UMNO menang tipis.