Template by:
Free Blog Templates

10 February 2012

Displin








Displin pelajar harus dipandang serious oleh semua pihak kerana ia menjadi diantara punca kemerosotan pelajaran.

Ibubapa perlu berbincang dan mengambil tindakan yang bijak jika mereka mahu masalah displin anak-anak diselesaikan dengan baik.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir Pengetua Sekolah Kebangsaan Kubu Gajah, Haji Ahmad Husni bin Haji Tusin dan Yang diPertua PIBG, Manshor bin Hashim.

Salah satu punca yang menyebabkan berlakunya displin ialah kerana kelalaian Ibubapa untuk mengambil berat mengenai masalah anak mereka ketika di luar.

Saya menyeru agar Ibubapa dan pengurusan Sekolah saling bekerjasama dan mewujudkan persefahaman bagi meningkatkan nilai displin pelajar yang tinggi.

Hanya melalui kerjasama dan persefahaman, masalah displin dapat diatasi dengan bijak dan akhirnya pencapai cemerlang Sekolah mampu dicapai.

PIBG janganlah dilihat hanya sebagai melepas Batuk diTangga, tetapi dijadikan sebagai pengkalan untuk pertemuan dan perbincangan bagi kemajuan pelajaran.

Ibubapa yang sengaja tidak mahu mengambil berat masalah anak mereka, janganlah pula menyalahkan pengurusan Sekolah, jika anak mereka gagal dalam pelajaran.

PIBG jangan dianggap sebagai badan kelas kedua, tetapi ia adalah pengkalan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara Ibubpa dan guru dalam menjalainkan kerjasama untuk kemajuan Sekolah.

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Displin, kalau tidak dikuatkuasakan tindakannya murid kita akan jadi seperti rakyat Singapura.

Di Singapura mereka ikut peraturan lalu lintas tapi di Malaysia mereka lari bebih 110 meter sejam di lebuh raya.

Pelajar kita ni ikut peraturan sekolah tapi tidak ikut peraturan ibu bapa bila balik ke rumah.

Kesimpulannya di luar sekolah polis dan ibu bapa hendaklah mengambil berat juga.

Sebagai contoh jika polis melihat pelajar berkeliaran semasa diwaktu sekolah polis dan masyarakat hendaklah menegur mereka.

Di bandar2 besar mereka gunakan rumah terbengkalai untuk memuskan nafsu dan gian mereka tapi orang sebelah takut hendak menegor kerana mereka takut tindakbalas mereka lebih hebat.

Di kampung ramai yang tidak pergi sekolah dan isap rokok dan dadah. Kalau kita tegor mereka cakar kereta kita. Tapi kalau tok Imam tegor mereka hormat sedikit. Tapi tok Imam kita hanya ada masa di masjid sahaja. Mereka tidak tahu pahala lain.

Anonymous said...

YMDS,

PIBG sekolah Cina lebih berjaya daripada sekolah kita. Peratus kehadiran mereka lebih tinggi.

Kalau ramai ibubapa yang datang keperjumpaan PIBG sudah tentu perkara displin boleh dikurangkan.

Kelemahan sekolah ialah sekolah membiarkan murid begitu sahaja lepas peperiksaan tanpa merancang kegiatan yang dapat mengatasi displin.

Begitu juga jika cikgu tidak datang sekolah (naik haji, beranak dll). Sepatutnya guru pengganti hendaklah menggantikan dan memberi latihan tubi kepada pelajar2 ini walaupun mereka tidak mengajar.

Jika pelajar dibiarkan tanpa kegiatan bila guru tiada, mereka mula berkelompok dan membentuk kumpulan yang mempunyai satu haluan yang menyeronokan tapi tidak berguna dan akhirnya displin akan timbul.

Sekolah hendaklah buat macam universiti. Kalau guru tidak dapat mengajar, sekolah mesti cari pengganti. Kalau tidak ada penganti Kementerian hendaklah meluluskan pengganti dari luar. Ramai orang pencen mahu memgganti guru absent jika dibayar cara harian.

Kementerian kita tidak kreatif dengan mengadakan guru sustitute (gaji hari) jika guru tidak hadir seperti di England. Ramai yang pergi England tapi nampaknya macam makan angin sahaja. Tak bolehlah makan angin banyak2 nanti perut buncit.

Anonymous said...

YMDS,

Selalu sekolah mengadakan PIBG kerana ikut-ikut sahaja. Orang lain buat mereka pun buat. Ada missi dan visi serta objektif tapi tiada strategi (macam khutbah Jumaat masuk telinga kanan keluar telinga kri). Besok lepaskan lembu ke tanah orang setelah mendengar khutbah. Masih mengata orang tanpa bukti....kerana strategi untuk mengahapuskan dosa tiada. Hukum jugalah di dunia. Tak banyak sedikit pun jadi. Kalau tidak pak Mail masih jadi pencuri. Rumahnya dibentang sepanduk BN/UMNO. Memalukan UMNO/BN. Suruhlah Nazar membuangnya. Pencuri yang besar sekali di kampung YMDS letak sepandok UMNO/BN. Memalukan kita YMDS. Malam-malam YMDS buangkanlah sepandok ini kerana dia selalu tinggalkan rumah itu kerana bini lebih dari satu.

Minta maaf kerana nama saya masih anonymous kerana hendak memberitahu YMDS siapa yang tak betul dan siapa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat kita.

Anonymous said...

YMDS,

Mengikut Gardner pakar otak geliga mengatakan ada lapan jenis kebijaksanaan.

Jika pelajar salah masuk pelajaran yang hendak diikuti ia akan menimbulkan masalah displin.

Sebab itu saya syorkan sekolah vokesenal kita mestilah berlandaskan sekurang-kurang lapan kumpulan jenis pelajaran yang memberi minat mengikut minat pelajar yang sejajar dengan pendapat Gardner.

Mata pelajaran vokesenal ini tarmasuklah seni musik, kesukanan, agama, dan pengkhusus yang berkaitan teknologi perikanan, perhutanan, vertinari, kelapa sawit, getah, padi, sayur2an buah2an dll.

Jika mereka ada minat duduk-duduk saja mereka hendaklah mengikuti kursus seperti sekuriti dll begitu juga tentang motor racing bagi mat rempit perlu diadakan segera supaya mat rempit ini dimasukkan ke bidang rempit merempit (sukan).

Kalau suka mencuri jadikan mereka mata gelap (kursus mata gelap) untuk menangkap pencuri.

Hanya mutu maknikam yang mengenal mak nikam. Pepatah inggeris mengatakan:

It takes a thief to know a thief.

Seterusnya, jika mereka suka berpolitik kita berikan pelajaran politik kepada mereka supaya kerajaan tidak rugi memberi biasiswa yang tiada kaitan dengan minat mereka.

Mereka minat politik tapi kita berikan biasiswa perubatan, 200 ribu ringgit rugi wang kerajaan untuk memberi biasiswa kerana tidak mengikut minat mereka.

Tapi yang susah sekali hendak memberi kursus kepada taik pengorat. Saya pun tidak tahu apa jenis kursus yang hendak diberikan kepada mereka. Tapi bila mereka mengikuti kursus Haji mereka sudah bertukar menjadi baik.

Anonymous said...

YMDS,

Displin tidak dapat diatasi munkin pelajar dimasukkan ke sekolah bercorak akademik.... Menggunakan otak tapi tidak menggunakan tangan.

Anak saya sendiri fed-up dengan pelajaran yang berkaitan dengan akademik. Mereka lebih suka mata pelajaran yang bercorak hands-on yang bercorak vokesenal.

Sepatutnya dari tingkatan satu lagi guru kaunseling menguji mereka menggunakan Vocational Preference Inventory Yang dicipta oleh Holland untuk melihat minat dan bakat mereka untuk dimasukkan dalam bidang yang mereka minati.

Sekolah vokesenal hendaklah dimulakan dari awal lagi.

Di Australia level 6 vokesenal sama setaraf dengan kelulusan ijazah

Banyak syarikat tidak puas hati dengan mata pelajaran yang diajar di universiti kerana terlalu akademik.

Jika kita ada kursus vokesenal seperti di India tentulah kita memperkenalkan kursus seperti kemahiran memanjat pokok (kursus yang jarang kita dengar), kursus menyelam untuk mengetahuii dimana ikan terdapat dengan banyaknya dan apa jenis ikannya dll.

Masa saya belajar dulu profesor panjat pokok pun ada di India.

Motivasi pelajar yang pandai pun akan menurun jika mereka tahu mereka yang lulus dalam bidang yang kejuruteraan, undang2 perniagaan dll dimasukkan untuk bekerja pertanian.

Bayangkan jika MB kita lulus Islamic Economic diberikan kerja yang berkaitan dengan pertanian.

Dan YMDS lulus ekonomi dimasukkan dalam dunia pertanian walaupun pendapatan lebih 5 ribu.

Saya sendiri dalam bidang pentadbiran perniagaan disuruh bekerja dalam kelapa sawit macam yang saya buat sekarang.

Walau pun gembira tapi dalam hati masih berkata-kata.

Walhal orang yang pernah belajar satu universiti dengan saya telah menjadi pengarah Boustead keuntungannya (kelapa sawit) meningkat setahun demi setahun walau pun rugi dalam bidang perkapalan