Template by:
Free Blog Templates

13 December 2011

Ziarah




Saya dan beberapa orang Ketua Kampung dan Cawangan dalam DUN Kubu Gajah melawat Ketua Kampung Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim, 66 tahun yang telah selamat kembali daripada mengerjakan fardhu Haji, baru-baru ini.

Haji Mat Zan begitu gembira ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Bangol Kolam dekat Kampung Mesjid.

Beliau merupakan Ketua Kampung pertama daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang dipilih ke Mekah atas pembiyaan Kerajaan Negeri tahun ini.

Mulai tahun ini, Kerajaan Perak memilih seorang Ketua Kampung daripada setiap kawasan DUN untuk menunaikan fardhu Haji ke Mekah.

Zan amat bersyukur ke hadarat Allah S.W.T kerana sepanjang beliau berada di Tanah Suci, beliau sentiasa sihat.

0 comments: