Template by:
Free Blog Templates

14 December 2011

Peladang





Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kawasan Batu Kurau akan berusaha untuk mendedah dan memperluaskan lagi kegiatan produk tempatan yang diusahaan oleh ahli-ahlinya secara komersial.

PPK berhasarat untuk menengahkan lagi pasaran produk mereka hingga ke pasaran antarabangsa sebagaimana produk Negara lain yang berjaya menembusi pasaran tempatan.

Saya berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau di Bangunan PPK Batu Kurau, pagi tadi.

Turut hadir ialah Pengurus Besar PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainol dan wakil daripada Pejabat Pendaftar Pertuuhan Peladang.

Terdapat banyak produk yang dihasilkan oleh ahli-ahli unit PPK Batu Kurau dan sayang sekali jika segala titik peluh mereka ini tidak diperluaskan.

Mereka ada kemahiran, cuma kurang modal dan PPK sedang berbincang dengan berpuluh pengusaha tempatan bagi mencapai hasrat tersebut.

Diantara produk yang semakin mendapat pasaran ialah Kopi Susu Kambing, kopi Ali Jaka dan Emas Rapat, Buah Hulu dan Tempeyek.

Sementara itu, kesemua 22 unit peladang dibawah naungan PPK Batu Kurau akan mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah Negara jiran bagi meningkatkan lagi pengetahuan mereka awal Februari depan.

0 comments: