14 December 2011
Silat
Para remaja diseru agar menyertai pertubuhan seni mempertahankan diri bagi meningkatkan lagi seni dan budaya masyarakat tempatan.
Selain membantu mereka memiliki asas-asas mempertahankan diri ia juga mampu meningkatkan nilai-nilai displin yang tinggi di kalangan belia.
Di Malaysia, terdapat begitu banyak seni mempertahankan diri yang diperkenalkan mengikut suku kaum dan pelbagai jenis masyarakat termasuk yang berhijrah ke Negara ini sejak turun-tumurun,
Saya tertarik dengan usaha yang dibuat oleh seorang penduduk, Shamsuddin bin Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan DIN Komander yang tinggal di Bagan Bahru, dekat Ijok yang mengadakan latihan Silat dikalangan kanak-kanak dan Pelajar Sekolah.
Beliau mengadakan latihan Silat Sending di gelanggang berdekatan dengan rumahnya dan sering mendapat sambutan dari kalangan remaja tempatan.
Saya telah melakukan majlis tamat latihan seramai 60 orang pelajar termasuk kanak-kanak perempuan tengahari tadi selepas lima bulan lebih mereka berlatih.
Saya berharap denga kegiatan seumpama itu ia juga akan dapat membantu merapatkan lagi perpaduan dan silatiruham yang sedia terjalin dikalangan masyarakat di Negara ini.
Menyertai kegiatan mempertahankan diri itu juga boleh menggelakan diri remaja daripada terjebak dan terbabit dalam kegiatan yang tidak mendatangkan faedah.
Pada majlis tersebut, satu jamuan makan tenghari telah diadakan bagi tetamu dan juga peserta Silat yang tamat latihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment