Template by:
Free Blog Templates

28 December 2011

Petanque











Gelanggang Kelab Petanque Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah akan dilengkapi dengan kemudahan tempat duduk bertangga Ayam sebagai usaha menaikan lagi kemudahan sukan tersebut.

Perkara tersebut Saya natakan ketika berucap mersmikan pertandingan Petanque terbuka DUN Kubu Gajah.

Seramai 24 orang peserta mengambil bahagian dalam petandingan tersebut sebagai penutup kalender kelab berkenaan yang diketuai oleh Abdul Karim Ismail.

Pada masa ini, terdapat dua buah gelanggang dengan lampu limpah bagi permainan berlangsung pada sebelah malam.

Sebanyak RM 10,000 diperolehi bagi pembinaan tempat duduk gelanggang tersebut yang terletak di tepi padang Majlis Daerah Selama di Pekan Kubu Gajah.

Kelab dan gelanggang Petanque adalah satu-satu yang ditubuh dan dibina di Parlimen Larut dan merupakan projek kedua terdapat di Negeri Perak.

Kelab Petanque DUN Kubu Gajah ditubuhkan sekitar tahun 2009 dengan ahli seramai 61 orang termasuk kalangan orang dewasa.

Sebagai ADUN Kubu Gajah Saya amat berbangga dengan pembabitan dan pencapaian Kelab tersebut.

Baru-Baru ini, dua wakil mereka telah muncul juara di kejohanan Majlis Kebajikan Anggota Kerajaan yang berlangsung di Negeri Sembilan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pertanian adalah perniagaan.

Boleh tidak YMDS galakkan permainan juga perniagaan.

Kalau jadi johan dunia golf atau tenis sekali sahaja sudah boleh menjadi jutawan.

Padang Golf untuk orang miskin boleh juga dibina di Pondok Tanjung. Banyak orang kaya tak padai main golf saya selalu lihat di Selangor Golf Club, Yang pandai ialah pengutip bola golf.

Begitu juga bila saya pergi dekat Rawang pembantu perempuan2 yang jadi pembantu yang lebih pandai main golf.

Begitu juga kuda. Yang pandai naik kuda ialah mereka yang selalu memandikan kuda, bukan orang kaya. Orang kaya pukul bola golf berkuada pun banyak yang tak kena. Cuba YMDS turun padang tengok mereka main POLO. Pukul pun tak kena. Hanya boleh berlagak naik kuda sahaja.

Sekian.