Saya amat terkejut dengan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tepi jalan dekat kawasan Batu 23 jalan Redang Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.
Ini adalah kerana sebelum ini perbuatan seumpama itu tidak pernah berlaku dengan longgukan kulit durian dan juga kotak serta barangan yang lain.
Saya terkejut ketika melalui jalan tersebut dan melihat begitu banyak sampah yang telah dibuang di situ dan ini amat mengotorkan.
Mereka yang tidak bertangungjawab itu barangkali mengambil kesempatan membuang sampah kerana memikirkan jalan itu agak sunyi dan tidak ramai pengguna jalanraya.
Saya berharap pihak berkuassa akan mengambil tindakan segera bagi mempastikankan pembuangan sampah di tepi jalan tidak berulang.
Saya juga telah membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Harun Rawi, pagi semalam.
Perbuatan membuang sampah itu jika tidak diambil tindakan segera ia boleh menjejaskan nama baik tempat tersebut di mata pengunjung luar yang sering menggunakan jalan tersebut.
Jalan tersebut juga merupakan perhubungan ke beberapa pekan lain termasuk ke Lenggong dan Gerik serta Pengjalan Hulu, selain Bagan Serai dan Kulim.
0 comments:
Post a Comment