Template by:
Free Blog Templates

9 December 2011

Berkhatam







Mesjid adalah rumah Allah yang suci dan tempat untuk mengembangkan Syiar Islam dan bukan bagi tujuan kepentingan politik mana-mana pihak.

Mengutamakan aktiviti bagi mendekati remaja denga Agama suci Allah amat digalakan dan wajar diberikan sokongan penuh oleh semua pihak.

Saya menghadiri majlis khatam quran anjuran Jawatankuasa Mesjid Kampung Mesjid Ijok, pagi tadi yang dikendalikan oleh Pandak Abdullah bin Ahmad dari Kampung Sangkut.

Seramai lapan orang murid Sekolah Rendah termasuk perempuan menyertai program tersebut yang diadakan sejak persekolah awal tahun dimulakan.

Jawatankuasa Mesjid juga harus bersatu dan menjauhkan diri daripada sebarang perbalahan kerana Mesjid adalah lambang kemegahan Islam.

Perpaduan Islam juga bergantung kepada kegiatan Mesjid dan Jawatankuasa yang aktif akan menjadi kayu pengukur kepada kemajuan sesabuah masyarakat Islam itu.

Murid yang menyertai program tersebut turut menerima sumbangan saguhati di majlis ringkas yang diadakan diruang rihat.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid, Aziz Jame.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Perpaduan Islam hanya dapat dicapai jika pemimpin tidak berebut kedudukan.

Buatlah seperti pemilihan Imam. Kalau tajuaid pun tak betul janganlah jadi Imam.

Pemimpin politik berebut nak jadi calon tapi pentadbiran mereka hanya menggunakan remote control. Duduk di Selama nak perintah Kubu Gajah. Duduk Ipoh nak tadbir Kubu Gajah. Duduk KL nak tadbir Kubu Gajah.

Sepatutnya mereka berpindah ke tempat masing-masing untuk mengelakkan turun padang selalu. Kalau kita duduk tempat kita sendiri turun padang boleh dikurangkan kerana sudah semamangnya kita akan sentisa ke Ijok, Pondok Tanjung dan Sungai Malau.

Diharap, walaupun YMDS mensyorkan orang dekat Taiping jadi wakil rakyat Kubu Gajah yang akan datang, suruhlah beliau membina rumah di Kubu Gajah untuk mengelakkan beliau turun padang selalu.

Kalau YMDS turun padang sudah tentu buah rambutan di rumah YMDS Tebing Tinggi akan berbuah. Tapi 'rumah' (beratus2 kera tidur di situ waktu malam) kera ada disekelilingnya. Lagi satu tiap2 minggu ada haiwan yang mati (kera, biawak, ular) di jalanraya dekat rumah YMDS.

Turun padang bermaksud lihat dengan mata sendiri dan dengar apa kata orang yang mengalaminya, bukan dengar apa kata JKKK kerana JKKK akan hanya menerangkan problem keluarga mereka sahaja. Begutulah saya cadangkan jika projek hendak menepati sasaran.

Sekian