Template by:
Free Blog Templates

16 December 2011

Galak













Kemudahan WiFi harus diperluaskan terutama di kawasan luarbandar bagi menggalakan lebih ramai lagi pengguna Internet yang semakin bertambah di seluruh Dunia.

Dunia Siber semakin meluas dan amat rugi jika kemudahan WiFi tidak mencukupi, terutama di tenmpat-tempat awam seperti Perpuastakaan.

Kemudahan ini akan membantu masyarakat yang tidak mampu memiliki komputer untuk menggunakan kemudahan internet di Perpustakaan yang berdekatan.

Saya berkata demikian ketika mersmikan program Galak Guna Perpustakaan Bagan Bahru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, pagi tadi.

Sementara itu, program galak guna amatlah tepat bagi mewujudkan mesra rakyat dengan perpustakaan yang dibuka di kebanyakan kampung.

Tetapi, disebabkan kekurangan kemudahan rujukan, tidak ramai yang mahu mengunjunggi perpustakaan yang berdekatan dengan tempat mereka.

Saya juga menyeru kepada individu yang mempunyai bahan-bahan bacaan yang tidak digunakan lagi agar dapat disumbangkan kepada mana-mana perpustakaan bagi menambahkan lagi bahan rujukan kepada orangramai.

Saya juga berharap masyarakat tidak menyalah tafsir bahawa Perpustakan Awam hanya untuk kepentingan Pelajar.

Perpustakaan juga boleh dijadikan tempat bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa aktiviti untuk menggalakan sikap membaca dan menambahkan pengetahuan.
program galak guna

0 comments: