Walaupun baru selesai perhimpunan Agung UMNO, tetapi program turun padang di Dun Kubu Gajah tetap diteruskan.
Petang tadi walaupun hujan turun agak lebat saya meneruskan juga melawat rumah-rumah penduduk yang uzur.
Di Sungai Segar, saya melawat rumah ibu tunggal, Rokiah Binti Jusoh, 62 tahun yang terlalu uzur.
Rumah beliau terletak atas rizab kerajaan dan terlalu dekat dengan jalan.
Saya amat simpati dengan keadaan beliau dan akan berusaha untuk membantu.
Turut hadir ketua kampung sengai Segar, Haji Zulkifli Ahmad.
Di kampung Bangol Jerai, kampung Mesjid, Ijok saya melawat rumah Mohd Nordi bin Mat Ali, 60 tahun.
Beliau tinggal bersama isteri, Bisnah Binti Darus dan lima orang anak.
Turut hadir ketua UMNO cawangan kampung Mesjid Aziz Jame.
0 comments:
Post a Comment