29 December 2011
Jalan-jalan kampung
Seperti biasa, Meninjau beberapa lagi jalan kamung yang perlu dilaksanakan dan Saya sendiri akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan.
Jalan-Jalan kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah ini penting meningkatkan lagi taraf hidup masyarkat yang kebanyakannya tinggal di dalam kawasan pendalaman.
Jalan-jalan kampung ini sering kali menimbulkan kesulitan terutama bila berlaku banjir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
YMDS,
Ada dua jenis jalan kampung.
Yang pertama ialah yang mementingkan pembangunan sosial.
Yang kedua ialah untuk pembangunan ekonomi.
Yang diabaikan oleh kerajaan ialah yang untuk pembangunan ekonomi (iaitu untuk mendapatkan cukai hasil tani)
Apabila jalan ini diabaikan rakyat miskin yang tidak dapat membina jalan akan menjualkan tanah mereka kepada orang kaya yang dapat membina jalan ke kebun mereka.
Sebagai contoh tanah kurnia Sungai Lompong hampir semua di jual kepada orang kaya yang dapat membina jalan.
Kalau kita tanya MP Larut banyak cukai yang diperolehi kerajaan dari penjualan hasil getah dan kelapa sawit iaitu pengeluaran utama bagi Sg. Lompong.
Cadangan saya ialah kerajaan dapat membantu mengemaskan jalan yang telah disediakan orang kampung dengan menampung lopak2 dengan batu kerikil supaya hasil tani dapat dikeluakan sebelum tanah orang miskin yang lain akan dijual kepada orang kaya. Mereka ini penyokong UMNO tapi bukan dari golongan OKU (orang kuat UMNO).
Tolong YMDS turun padang untuk melihat berapa banyak tanah orang miskin dijual kepada orang kaya yang sama namanya di tanah kurnia Sg. Lompong di Pejabat Tanah.
Lagi satu saya mohon YMDS turun padang melihat kenapa rambutan dan cempedak tidak menjadi di tanah YMDS? Manakala di tempat lain semunya menjadi. YMDS septutnya buat baik dengan perhilitan untuk mengatasi perkara ini.
Kalau YMDS asyik tanya JKKK mereka hanya menerangkan masalah saudara mara mereka sahaja. Mereka tidak lihat kenapa buah rambutan dan cempedak tidak menjadi di tanah YMDS.
Cuba lihat Pulau Pangkor tempat ibu MB sudah mula dimajukan. Begitu juga kampung ADUN pelancongan kita. Tapi tempat YMDS masih menjadi rumah babi hutan, ular, biawak dan kera. Sangat menakutkan.
Sekian.
YMDS,
Hari ini mulai kita gunakan kad autoriti penjualan getah kategori G.
Saya ingin melihat sejauhmana kerajaan dapat memberantas mereka yang mencuri getah apabila polisi ini dimulakan.
Cuba YMDS turun padang di tempat pembeli buah kelapa sawit.
Ramai yang masih menjual buah kelapa sawit dalam guni dengan motosikal.
Kita tidak tahu lesen siapakah yang mereka gunakan untuk menjual buah kelapa sawit yang mereka jual.
Saya khuatir mereka ini sama ada mempunyai lesen atau tidak.
Harap YMDS segera turun padang tunggu dekat pembeli buah kelapa sawit dan lihat betul2 transeksi jualan dengan motosikal menggunakan lesen siapa?
Saya takut nama2 YMDS hantarkan untuk menjadi wakil rakyat tidak dapat mengatasi pencuri getah dan kelapa sawit dimasa2 akan datang.
Sekian. Terima kasih.
YMDS,
Minggu lepas RISDA Selama mesyuarat tentang pengagihan lembu.
Dapat kiranya YMDS turun padang untuk melihat hanya mereka yang mempunyai pagar peragut diberikan lembu/kambing.
Kita mesti hidup dalam keadaan WIN-WIN. Pembela lembu pun dapat duit dan penanam anak kelapa sawit pun dapat duit. Tapi kita takut dasar vertinery dan RISDA hanya mengutamakan mereka yang tiada pagar lembu/kambing untuk pemberian lembu.
Erti turun padang bagi saya amat luas YMDS. Bukan cara ini hanya digunakan untuk aspek2 tertentu sahaja. Sepatutnya ia perlu menyeluruh.
Sekian.
YMDS,
Ramai penoreh getah yang memajak kebun getah seperti Encik Yaakub yang menoreh di hadapan rumah YMDS.
Dan begitu juga ustaz Lembah Keluang yang menoreh di sebelah rumah YMDS di Kampung Tengah Tebing Tinggi tidak mendaftar untuk mendapatkan kad autoriti penjualan getah.
Kad autoriti penjualan getah kageri G siapakah yang mereka gunakan?
Kad ini mengalakkan ramai orang menipu dengan menggunakan kad G orang lain. Akhir2nya LHDN akan hanya menangkap mereka yang ada kad yang digunakan oleh orang lain kerana pembeli getah tidak peduli untuk menyiasat. Mereka masukkan sahaja jualan mereka dalam akaun yang mendaftar G-Kad.
Perkara inilah yang kami takutkan.
Saya hanya ada dua ekar kelapa sawit tapi jualannya melebihi hasil 2 ekar kerana pencuri kelapa sawit menggunakan nombor lesen saya untuk menjual buah kelapa (pembeli memasukkkannya cara diam-diam penjualan mereka ke dalam lesen saya).
Masalah inilah yang kami akan hadapi. Ada dua golongan pencuri. Satu pencuri buah dan satu lagi pembeli menggunakan nombor lesen kami untuk membeli buah kelapa sawit pencuri. Akhirnya borang LHDN yang kami isi tidak sama dengan apa yang tercatit dalam lesen atau kad autoriti. Pencuri dan penipu (pinjam nombor kad/lesen) yang akan jadi kaya. Kami terpaksa beli racun dan baja dan upah membawa buah kelapa sawit ke pembeli dan upah yang lain2 tapi pencuri (guna nombor lesen orang lain) yang dapat semuanya (semankin kaya).
Sekian untuk perhatian YMDS.
YMDS,
Boleh tidak untuk menjalin persahabatan dengan negara2 lain kita hanhantarkan kera2 kita ke zoo2 mereka?
Saya lihat monyet hilang di US pun mendapat perhatian dunia.
Sekian. Saya bukan melawak YMDS tapi fed-up betul dengan kera2 ini.
Saya rasa nak tangkap dan letakkan di kawasan rumah perhilitan atau pencinta alam. Saya tahu rumah mereka di Taiping dan Selama.
Sekain
Post a Comment