Template by:
Free Blog Templates

15 December 2011

Jejak Perpaduan 1M









Rakyat harus bersyukur dengan nikmat pembangunann dan keperhatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membasmi kemiskinan dan membawa kemajuan.

Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Meneri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ternyata banyak yang mengutamakan kebajikan rakyat.

Bantuan 1M sebanyak RM 500 yang sedang diproses adalah sebahagaian sumbangan Kerajaan untuk menggurangkan bebanan rakyat menjelang persekolahan dan tahun baru.

Mereka yang memperlekehkan bantuan tersebut selain RM 100 untuk setiap pelajar sebenarnya cemburu dengan kebijaksaan Kerajaan mengatasi masalah rakyat.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan program Jejak Perpaduan 1M di Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok, pagi tadi.

Seramai 10 daripda 50 orang peserta berbasikal menyertai program tersebut yang akan berakhir petang ini di batu 20 bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Turut hadir Penyelaras program, Amran Mohd Yusof dan Penceramah daripada Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Siti Nur Amira Ahmad.

Sebagai ADUN Saya akan meneruska agenda untuk mendapatkan beberapa projek bagi tujuan pembangunan DUN Kubu Gajah. Diantaranya ialah pembukaan Kampus Universiti di kawasan Ternakan Kambing Bore Negara di Ladang Sungai Segar dan Pondok Tanjung.

Program menaik taraf Pekan Ijok dan Pekan Kubu Gajah kini di peringkat terakhir perlaksanaan oleh sebuah agensi Kerajaan di Perak.

Pada peringkat awal ini, beberapa buah Rumah Kedai akan dibina, selain lokasi menempatkan agensi Kerajaan di situ.

0 comments: