Hasrat Rashibah Nik Hussein, 64 tahun di Kampung Teras, Ijok yang rumahnya terbakar hagus memiliki rumah baru, akhirnya tercapai.
Baitulmal Perak membelanjakan sekitar RM 30,000 bagi mendirikan rumah tersebut di atas tapak milik keluarga Rasibah.
Saya turut melawat sendiri melihat kerja-kerja membina rumah tersebut yang tidak sampaiu beberapa peratus sahaja lagi untuk siap.
Rashibah, Ibuu tunggal dan warga mas tinggal besama dengan beberapa orang cucunya yang masih bersekolah dan begitu bersyukur dengan bantuan yang telah beliau terima daripada Kerajaan.
Selaku ADUN Kubu Gajah Saya mengucapkan Terima Kasih kepada Baitulmal diatas bantuan rumah tersebut.
Rashibah kini menyewa sebuah rumah jiran sementara menunggu rumah bantuan Baitulmal itu siap untuk diduduki tidak lama lagi.
Turut hadir melawat Rashibah ialah Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam dan Bendahari Puteri UMNO Bahagian Larut, Mazda Tahir.
0 comments:
Post a Comment