Template by:
Free Blog Templates

14 December 2011

Kopi













Orang Kampung jika ada minat dan mahu berusaha, pasti boleh menjalankan perniagaan tidak kira dimana, asal ada kemahuran.

Begitulah, yang telah dilalui oleh sepasangan suami isteri, Rozita Mohamed, 42 tahun dan Azizan Wahab, 41 tahun yang mengusahakan produk kopi mereka di Kampung Simpang 3, gudang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Kopi Susu Kambing, Kopi Ali Jaka dan Kopi Emas Rapat begitu laris dan kini psarannya terdapat di merata tempat di seluruh Negara.

Saya mengadakan lawatan selaku Pengerusi Pertubuhan Peladang (PPK) Kawasan Batu Kurau dan ADUN Kubu Gajah ke bengkel tempat memproses kopi tersebut.

Saya begitu tertarik dengan kegigahan kedua suami isteri tersebut yang telah mengusahakan kopi berkenaan sejak tiga tahun yang lalu.

Mereka kini memilikki dua buah van, sebuah kereta dan enam orang pekerja anak tempatan dan PPK sedang berbincang untuk bekerjasama dengan pengusaha berkenaan bagi memperluaskan lagi peroduk dan perusahaan mereka hingga ke pasaran antarabangsa.

PPK juga akan berusaha membantu untuk membolehkan produk kopi berkenaan menembusi pasaraya-pasaraya tempatan.

Pada masa ini, pasangan yang mempunyai seramai lima orang anak itu berharap untuk menambahkan lagi pengeluaran mereka bagi memenuhi kehendak pasaran.

Turut hadir ialah Pengurus Besar PPK, Haji Sabri Zainol dan pegawai PPK.

0 comments: